peoplepill id: long-deraman
LD
1 views today
1 views this week
The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Long Deraman adalah raja Legeh (Narathiwat (Menara) sekarang). Beliau adalah menantu kepada Long Sulaiman, raja Kelantan yang memerintah di Kota Kubang Labu (Wakaf Bharu sekarang). Long Deraman telah membunuh Long Sulaiman dalam satu perebutan kuasa.Selepas itu beliau telah kembali ke Legeh dan menyerahkan kuasa pemerintahannya kepada iparnya yang bergelar Long Pandak (putera Long Sulung Kelantan).

Pada tahun 1758, Long Deraman membunuh pula Long Pandak kerana Long Pandak membunuh isterinya Tengku Ngah, yang juga merupakan adik Long Deraman. Pembunuhan Tengku Ngah itu disebabkan salah faham Long Pandak kononnya isterinya itu berzina dengan Long Ghaffar, putera raja Reman, satu daerah di hulu Perak, yang datang melawatnya pada satu ketika. Kuasa pemerintahan Kota Kubang Labu diserahkan pula kepada adik Long Pandak yang bernama Long Muhammad.

Pada 1762, Long Yunus putera Long Sulaiman dengan bantuan Long Ghaffar, telah menyerang Long Muhammad bagi mengambil kembali pemerintahan Kota Kubang Labu dan berjaya membunuh Long Muhammad dan Long Deraman yang datang membantunya. Jenazah mereka berdua dimakamkan di Gong Chapal (kini dikenali sebagai Langgar Buruk) bersebelahan Sungai Kelantan. Pada 1976, makam Long Deraman dipindahkan oleh pihak Muziumke Lorong Gajah Mati, Langgar Buruk, Kota Bharu kerana ancaman hakisan.

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Long Deraman is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Long Deraman
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes