peoplepill id: latifah-omar
LO
1 views today
1 views this week
The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Fatimah Binti Omar atau lebih dikenali sebagai Latifah Omar (26 Mac 1939 - 9 Jun 2013) ialah seorang pelakon filem Malaysia yang muncul dalam filem-filem Melayu hitam dan putih.

Biografi dan kerjaya

Latifah Omar dilahirkan di Kampung Baru Kuala Lumpur pada 26 Mac 1939 dengan nama sebenar beliau ialah Fatimah Binti Omar. Beliau mengunakan nama samarannya sebagai Latifah selepas beliau berhijrah ke Singapura bersama ibunya, Rahmah Binti Kassim. Ibunya dan neneknya berasal dari Singapura. Beliau merupakan seniwati filem Melayu hitam-putih yang terkenal pada era 1950-an hingga 1970-an. Pada tahun 1953, ketika berusia 14 tahun, beliau telah mencuba nasib dengan menyertai pertandingan ratu cantik Singapura. Tuah menyebelahi beliau apabila memenangi gelaran tersebut. Pelbagai tawaran pekerjaan ditawarkan kepada beliau kesan daripada kemenangannya itu. Sebelum tahunnya berakhir, beliau telah menghadirkan diri untuk pertandingan ratu cantik Singapura edisi 1954 dengan memberi mahkota kepada pemenang baru ketika itu iaitu MARJORIE WEE.

Allahyarhammah telah dilamar oleh pengarah S. Ramanatahan bagi membintangi filem Panggilan Pulau yang ditayangkan pada tahun 1954. Filem Panggilan Pulau (Julai 1954) merupakan filem pertama lakonan Seniwati Latifah Omar di mana pada masa itu beliau baru sahaja berusia 15 tahun dan telah diberi peluang berlakon disisi pelakon-pelakon yang hebat pada masa itu antaranya P. Ramlee, Normadiah, Nordin Ahmad, Daeng Idris, Yusof Latiff, A. Rahim, Salleh Kamil, S. Shamsudin, Siti Tanjung Perak, Omar Rojik, S. Kandarisman, Ibrahim Pendek dan merupakan kemunculan pertamanya di layar perak .

Pada tahun yang sama juga, Allahyarhammah telah berpeluang untuk bergandingan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi filem Merana (November 1954), terbitan Malay Film Production. Itu merupakan kali kedua dan terakhir mereka bergandingan di layar perak, sebelum berhijrah dari Malay Film Production ke syarikat perfileman Cathay Keris. Agak menyedihkan bagi Latifah (bergaji bulan) apabila dia terpaksa memberi notis sebulan kerana adanya pertikaian antara dia dengan pihak majikan (MFP) disebabkan tidak menghadirkan diri dalam satu majlis yang ada hubungkait dengan filem – sehingga sampai ke peringkat dia dimarahi. Kemarahan pihak MFP itu jelas diterjemahkan dalam filem Putera Bertopeng apabila namanya di ‘credit title’ dikeluarkan sungguhpun beliau adalah pelakon utama pelakon Allahyarham Dato' Ahmad Mahmud. Nama Ahmad Mahmud, Normadiah, Haji Mahadi, Aziz Sattar dan lain-lain sahaja yang ada, sebaliknya nama Latifah pula yang tiada.

Ketika bersama Cathay Keris, populariti Allahyarham meningkat apabila beliau berlakon dalam banyak filem genre bangsawan bersama Allahyarham Nordin Ahmad. Beliau sempat membintangi 26 buah filem dengan Cathay Keris, yang mana 12 daripadanya merupakan gandingan bersama Nordin Ahmad. Beliau sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad antaranya seperti dalam filem Gurindam Jiwa, Lanchang Kuning dan Cucu Datuk Merah

Selain Nordin Ahmad, Latifah juga pernah digandingkan dengan ramai seniman ternama seperti Dato' Ahmad Mahmud (filem Insan dan Putera Bertopeng), S. Roomai Noor (Sumpitan Racun), Yusof Latiff (Jalak Lenteng) dan Tony Kassim (Rumah Itu Duniaku). Dalam filem Bawang Putih Bawang Merah lakonannya bersama Dato' Mustapha Maarof, Allahyarhammah memegang watak sebagai Merah, anak tiri yang teraniaya.

Apabila industri perfileman Melayu mula menampakkan kemerosotan, Latifah membawa diri selepas filem Naga Tasek Chini dan Gurindam Jiwa. Tetapi kemudian pada 1971, P. Ramlee mengambilnya berlakon dalam filem Putus Sudah Kaseh Sayang terbitan Merdeka Film Studio iaitu gandingan ketiga P. Ramlee dan Latifah selepas filem Panggilan Pulau dan Merana (1954).

Filem terakhir Latifah ialah Hati Batu (1973) arahan M. Amin (yang merupakan juga filem terakhir keluaran Cathay-Keris) yang turut di bintangi S. Azam, Fauziah Ahmad Daud, M. Shahdan dan Salleh Melan.

Kehidupan peribadi

Allahyarhamah pernah menjadi ibu tiri kepada Allahyarhamah Seniwati Rahmah Rahmat apabila bapa Rahmah iaitu Rahmat Ali, seorang peniup trompet profesional menikahi Allahyarhamah pada tahun 1957. Jarak umur di antara Latifah dan Rahmat terlalu jauh iaitu 18 tahun. Beza umur antara Latifah dan Rahmah tidaklah begitu jauh. Walau bagaimanapun, perkahwinan di antara Latifah dan Rahmat Ali tidak berpanjangan dan berakhir dengan penceraian. Beliau juga pernah berkahwin sebanyak tiga kali tetapi kesemua perkahwinan Allahyarhamah berakhir dengan penceraian.

Meninggal dunia

Allahyarhamah telah meninggal dunia pada 9 Jun 2013 kira-kira pukul 6.19 petang Waktu Piawai Malaysia pada usia 74 tahun, di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia setelah dimasukkan ke HUKM seminggu sebelumnya akibat penyakit kanser usus. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3 Lembah Keramat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam AU4,Lembah Keramat, Ulu Kelang pada 11.20 pagi.

Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak dan sembilan orang cucu.

Filemografi

Filem

  1. Dahlia - (1953) - (Pelakon Tambahan)
  2. Kerana Kau - (1953) - (Pelakon Tambahan)
  3. Panggilan Pulau - (1954) - (Pelakon Tambahan) - Watak Sebagai (Melati)
  4. Merana - (1954) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Aminah)
  5. Insan - (1955) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Salmah)
  6. Menyerah - (1955) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Rohaya)
  7. Bernoda - (1955) - (Pelakon Utama)
  8. Putera Bertopeng - (1957) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Wan Dalila)
  9. Serangan Orang Minyak - (1958) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Sofiah)
  10. Selendang Delima - (1958) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Putri Bungsu)
  11. Bawang Putih Bawang Merah - (1959) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Bawang Merah)
  12. Raden Mas - (1959) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Mas Ayu)
  13. Che Mamat Parang Tumpul - (1960) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Fatimah)
  14. Sumpitan Racun - (1961) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Rokiah)
  15. Hang Jebat - (1961) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Dang Baru, kekasih Hang Jebat)
  16. Jalak Lenteng - (1961) - (Pelakon Utama)
  17. Gado-gado - (1961) - (Artis Jemputan)
  18. Chelorong cheloreng - (1962) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Derma)
  19. Laila Majnun - (1962) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Laila)
  20. Lancang Kuning - (1962) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Telani)
  21. Rumah Itu Dunia Aku - (1963) - (Pelakon Utama)
  22. Cucu Datuk Merah - (1963) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Wan Kuntum)
  23. Bayangan Di Waktu Fajar - (1963) - (Pelakon Utama)
  24. Kalung Kenangan - (1964) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Tengku Mawar)
  25. Wan Perkasa - (1964) - (Pelakon Utama)
  26. Cinta Kasih Sayang - (1965) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Normah)
  27. Ikan Emas - (1965) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Kintan)
  28. Gurindam Jiwa - (1965) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Dahlia)
  29. Naga Tasik Chini - (1966) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Mayang)
  30. Putus Sudah Kasih Sayang - (1971) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Lisdar)
  31. Hati Batu - (1973) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Zaitun)

Telefilem

  1. 50/50 - (2012) - (Pelakon) - (RTM)

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Latifah Omar is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Latifah Omar
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes