Khairul Aming
Quick Facts
Biography
Khairulaming atau Khairul Aming (lahir Khairul Amin Kamarulzaman; 25 September 1992) ialah seorang pencipta kandungan digital, personaliti media sosial dan ahli perniagaan Malaysia.
Penciptaan kandungan
Beliau dikenali dengan kandungan bertemakan masakan. Beliau mula dikenali dengan "30 hari, 30 resepi", sebuah rancangan video tahunan yang diterbitkannya pada 2018 di mana beliau akan menyiarkan 30 jenis idea resipi sepanjang bulan Ramadan.
Pada 27 Ogos 2023, beliau telah dinobatkan sebagai Pencipta Kandungan Tahun Ini dalam Anugerah TikTok Malaysia 2023.
Perniagaan
Khairulaming juga ialah seorang ahli perniagaan. Beliau mula mengusahakan penjualan sambal di bawah jenama "Sambal Nyet" sejak 2021. Jumlah jualan sambalnya pada 2021 adalah mencecah 540,000 botol, atau sebanyak RM7.5 juta manakala pada 2022, jualan dipeolehi ialah sebanyak RM14 juta. Pada 2022, beliau telah memenangi anugerah Penjual Baharu Terbaik dan Khidmat Pelanggan Terbaik dari syarikat e-perdagangan, Shopee.
Anugerah dan pengiktirafan
Penciptaan kandungan digital
- TikTok
- Pencipta Kandungan Tahun Ini (2023)
Perniagaan
- Shopee
- Penjual Baharu Terbaik (2022)
- Khidmat Pelanggan Terbaik (2022)
Rujukan
Pautan luar
- Khairulaming di Instagram
- Khairulaming di TikTok
- Khairulaming di Twitter