Khairil Ridzwan Anuar
Quick Facts
Biography
Khairil Ridzwan Anuar, lebih dikenali sebagai Loque (lahir 9 November 1977) merupakan seorang penyanyi dan pemuzik Malaysia. Beliau terkenal sebagai pemain gitar utama kumpulan Butterfingers dari 1993 hingga 2009 dan telah menerbitkan tujuh album bersama kumpulan ini. Selepas Butterfingers berehat seketika, beliau menubuhkan monoloQue.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 9 November 1977 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya melanjutkan pengajiannya di Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat dan menerima pengiktirafan sebagai pelajar Dean’s List dari Berklee College; graduan Magna Cum Laude kelas 2009.
Kerjaya muzik
Butterfingers
Loque ialah ahli pengasas kumpulan Butterfingers. Beliau menubuhkan kumpulan ini bersama-sama rakannya Emmett (vokal dan gitar utama) Kalai (dram) (diganti oleh Loko) dan Kadak (bes) pada tahun 1993. Selain menjadi gitaris, beliau juga berkhidmat sebagai vokalis dan menulis kebanyakan lagu-lagu nyanyian kumpulan ini.
MonoloQue
Ketika masih bersama Butterfingers, Loque memulakan kerjaya muzik bersama kumpulan monoloQue yang ditubuhkan pada 2004.
Beliau bagaimanapun, paling dikenali menerusi lagu bertajuk "Kekanda Adinda" menampilkan duet bersama Atilia. Loque berkata: "Sebenarnya, lagu Kekanda Adinda ini ditulis pada asalnya dengan menggunakan nota yang agak berlainan tetapi ketika dimainkan, dengan sengajanya ditinggalkan beberapa buah nota dengan corak skala pentatonik... maka terhasillah lagu Kekanda Adinda yang anda dengarkan sekarang ini!,".
Kehidupan peribadi
Monoloque telah berkahwin dengan Dahlia Nadirah Juhari pada 2011 dan dikurniakan tiga anak perempuan yang kesemuanya dinamakan dengan nama klasik—Anggerik Dang Jelita (lahir 2013), Seroja Dewi Harapan (lahir 2017) dan Melor Pelangi Merdu (lahir 2019).