Kamaruzaman Yusoff
Quick Facts
Biography
Dr. Kamaruzaman bin Yusoff ialah seorang ahli akademik dan penganalisis politik di Malaysia. Beliau merupakan bekas profesor di Akademi Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Bidang pengkhususan beliau ialah politik moden Timur Tengah dan pemikiran Islam. Beliau sering tampil di kaca teleisyen Malaysia bagi mengulas isu-isu berkaitan politik Timur Tengah atau Asia Barat. Beliau juga merupakan presiden Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU).
Kamaruzaman ialah bapa kepada aktivis kemanusiaan Malaysia, Nadir Al-Nuri.
Pendidikan
Kamaruzaman memperoleh sarjana muda pengajian Islam dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1981-1985). Beliau menyambung pengajian sarjana persuratan (1986-1988) dan ijazah kedoktoran (1991-1995) di Jabatan Pengajian Islam dan Timur Tengah, Universiti Edinburgh, Scotland. Pada tahun 2007, beliau mengambil pengajian diploma lanjutan bahasa arab di Institut Bahasa Arab, Damsyik, Syria.
Pautan luar
- Penerbitan Kamaruzaman Yusoff diindekskan oleh Google Scholar