peoplepill id: k-y-mustafa
KM
1 views today
1 views this week
The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Datuk K.Y. Mustafa(lahir 3 Julai 1948) merupakan mantan penjawat awam kanan Sabah yang berasal dari Tawau (tetapi dilahirkan di Sandakan) yang berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah ketujuh dari tahun 2000 hingga 2008 dan beliau bergiat aktif dalam sektor korporat dan pendidikan.

Kehidupan Awal

K.Y. Mustafa dilahirkan pada 3 Julai 1948 di Tanah Merah, Sandakan. Beliau merupakan anak kepada Kee Yusof Abu Bakar dan Halimah Jaafar, sepasang suami isteri yang berasal dari Tawau serta berketurunan Suluk. Beliau merupakan salah seorang graduan Universiti Malaya dan memiliki sarjana muda seni antropologi dan sosiologi pada tahun 1974.

Kerjaya Penjawat Awam

Selepas tamat pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, beliau memulakan kerjayanya sebagai penjawat awam dengan menjawat jawatan sebagai seorang Pegawai Eksekutif di Bahagian Perkhidmatan Pejabat Penubuhan, Jabatan Ketua Menteri Sabah bermula dari tahun 1974 hingga 1982.Setelah 8 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif di Bahagian Perkhidmatan Pejabat Penubuhan, Jabatan Ketua Menteri Sabah, beliau kemudianya dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah bermula pada 1 Jun 1982 hingga 1984.

Seterusnya, dari tahun 1984 hingga 1986, beliau telah dipinjamkan ke Sabah Gas Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Bahagian Sumber Manusia dan dilantik sebagai Pengurus Kanan (Pentadbiran) Sabah Gas Sdn. Bhd. dari tahun 1986 hingga 1992.

Pada tahun 1992, beliau dipindahkan kembali ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan berkhidmat di beberapa jabatan kerajaan negeri Sabah.

Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kabinet Dan Dasar Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Di samping itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah bermula dari tahun 1996 hinnga 1998. Kemudian, beliau diberi tanggungjawab untuk menjawat Jawatan sebagai Pengarah Unit Sains Dan Teknologi di Jabatan Ketua Menteri Sabah bermula dari tahun 1998 hingga Februari 2000.

Beliau juga merupakan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah yang paling singkat tempoh berkhidmat dalam sejarah negeri Sabah dari Februari hingga ke April 2000.

Kemudian, beliau telah diberi tanggunjawab dan amanat untuk menggalas jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah untuk tempoh lapan tahun dua bulan bermula dari awal bulan Mei 2000 sehingga 2 Julai 2008 (iaitu bersara wajib ketika berusia 60 tahun pada hari kelahirannya yang jatuh pada keesokan harinya iaitu 3 Julai).

Pada tahun 2020 (iaitu 12 tahun selepas persaraanya dari perkhidmatan awam), K.Y Mustafa telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah.

Ahli Pesuruhjaya Untuk Suruhanjaya Siasatan Diraja

Pada 11 Ogos 2012, K.Y. Mustafa merupakan daripada 6 orang yang dilantik dan diperkenaan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Pesuruhjaya untuk Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat pendatang asing Sabah 2012.

Namun pada 11 Februari 2013, siasatan berikut terpaksa dihentikan berikutan peristiwa Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013.

Penglibatan Dalam Sektor Pendidikan

K.Y. Mustafa pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah bermula dari tahun 2000 hingga 2008. Setelah tujuh tahun berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah beliau kemudianya dilantik sebagai Pengerusi Universiti Malaysia Sabah Link Holdings bermula dari tahun 2008 (sejurus sahaja persaraan beliau pada tahun yang sama) sehingga tahun 2013.

Pada 1 Ogos 2017, K.Y. Mustafa telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah (BoD) Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) dan atas komitmen serta tanggungjawab beliau dalam sektor pendidikan pada 1 November 2018, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah.

Namun pada 1 Ogos 2019, beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah.

Kerjaya Korporat

  • Ahli Lembaga Pengarah, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
  • Ahli Lembaga Pengarah, Suria Capital Holdings Sdn. Bhd.
  • Ahli Lembaga Pengarah, Sabah Ports Sdn. Bhd.
  • Ahli Jawatankuasa Audit, Berjaya Land Berhad
  • Ahli Lembaga Pengarah, Malaysia Airlines Berhad (2000-2003)
  • Ahli Lembaga Pengarah, Sawit Kinabalu (2000-2020)

Kegiatan Aktif Dalam Persatuan

  • Penasihat Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Sabah dari 2000-2008.

Anugerah

  •  Malaysia :
    • Panglima Jasa Negara (PJN) - Datuk (2003)
  •  Sabah :
    • Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2021)
    • Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2000)

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
K.Y Mustafa is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
K.Y Mustafa
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes