peoplepill id: josiah-hogan
JH
Malaysia
4 views today
31 views this week
Josiah Hogan
Malaysian actor

Josiah Hogan

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian actor
Places
Gender
Male
Religion(s):
Birth
Age
38 years
The details (from wikipedia)

Biography

Josiah Padilla Hogan (lahir 30 Ogos 1986) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, kelahiran Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2010 dan terkenal dengan peranan televisyen termasuk Bicara Hati (2010), Cinta Jangan Pergi (2013) dan Gerak Khas (2017) serta peranan filem termasuk Manisnya Cinta di Cappadoccia (2014) dan KL Special Force (2018). Selain itu, beliau juga seorang pemuzik dan bergiat aktif bersama kumpulannya, Maddame.

Kerjaya

Pada tahun 2010, Josiah berlakon dalam drama biopik Natrah yang dibintangi oleh Juliana Evans. Beliau telah muncul dalam telefilem Disapa Izrail yang mengisahkan tentang seorang pemuda yang ingin menebus kesilapan lalu. Beliau memegang watak seorang pemandu teksi yang bernama Hamdan.

Kerjaya filem Josiah bermula pada 2013 apabila Ellie Suriati menawarkan beliau berlakon dalam filem Penanggal. Ia menjadi filem sulung lakonannya dengan watak lakonannya sebagai Syed Yassin. Pada tahun yang sama, beliau berlakon bersama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam drama Cinta Jangan Pergi, memegang watak sebagai Hudd.

Beliau memegang watak sebagai Fredo dalam filem romantik karya Bernard Chauly, Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) lakonan Shaheizy Sam, Fazura dan Lisa Surihani.

Beliau juga ialah pengacara rancangan dokumentari paranormal Strange Encounters untuk siaran di Go Asean di mana beliau menjelajah ke beberapa negara Asia bagi membongkar kisah-kisah misteri dan aneh.

Josiah muncul dalam filem drama sukan 2018 bertajuk Surf This Love: Gelora Juara yang ditayangkan pada 22 Februari 2018, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Mustaqim Bahadon dan Ardell Aryana. Ia menjadi filem pertama lakonan bersama Josiah dan Mustaqim. Tidak lama selepas itu, beliau memegang watak sebagai Bakar, salah seorang ahli kumpulan perompak Geng Anarkis dalam filem aksi jenayah, KL Special Force arahan Syafiq Yusof lakonan Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan merupakan kejayaan komersial dan kritis.

Josiah merupakan pelakon utama drama Mimpi Sabrina yang bersiaran di TV3, bersama Juliana Evans dan Erwin Dawson, beliau memegang watak sebagai Ridzuan.

Kehidupan peribadi

Josiah dilahirkan di Kingsville, Texas, Amerika Syarikat dan dibesarkan di Malaysia. Beliau fasih bertutur bahasa Melayu, dialek pantai timur dan Inggeris. Beliau telah berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai seorang anak dari perkahwinan terdahulu. Josiah berkahwin kali kedua dengan Noor Hidayah Nordin pada 25 Mei 2013.

Pada Disember 2016, Josiah mendedahkan dalam satu temubual bahawa impiannya untuk berlakon di A.S. tidak menjadi kenyataan apabila beliau ditipu oleh sebuah studio penerbitan Hollywood.

Beliau merancang ingin mencari keluarga sebelah bapanya di Mexico.

Filemografi

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkanMenunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

TahunTajukWatakPengarahCatatan
2013PenanggalSyed YassinEllie SuriatiFilem pertama
2014Manisnya Cinta di CappadocciaFredoBernard Chauly
2015Kastil TuaDavidChiska DoppertFilem Indonesia
2017LuQmanMarwan Al-HadiMahadi J. Murat
2018Surf This Love: Gelora JuaraMikeWaan Hafiz
KL Special ForceBakarSyafiq Yusof
20197 Hari Kisah Cinta LangkawiJoeAnwardi Jamil
WiraRayyanAdrian Teh
KL VampiresShahDevan R.
TBATyickoons Filem dan drama yang belum dikeluarkanDibatalkan
Paradoks Filem dan drama yang belum dikeluarkanPos-produksi

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2010Tangisan LangsuirRazak
Disapa IzrailHamdanAstro Oasis
2011Cinta Hero MalayaDaniel
2012Kopi dan DiaAdamTV3
Cinta Si Bunga TembamAndyTV3
2013XOXOJohanTV9
2018Realiti Ramadan MikeMikentv7

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2010NatrahAstro Prima
Bicara HatiRazifAstro Prima
2011Projek PopKamil8TV
Kasih AliaHafizTV3
2012Memberku HawaJoeTV3
2013Cinta Jangan PergiHuddTV9
What IfImzan8TV
XOXOJohanTV9
Cucur Bawang Kopi OKhairulnizamTVi
2014Putih Pasir PantaiIzzuddinTV1
Setitis Kasih DarmiaZulfekarTV9
SarafinaZariffAstro Prima
2015Kata HatiOmarTV1
2017Gerak Khas (Musim 17)CarlosTV2Episod: "Jejak Bangkok"
2018Gerak Khas (Musim 18)RobertTV2Episod: "Jerat Kekasih"
Isteri Untuk DiiktirafJasonTV2
Tasbih RinduSaniTV1
30 Juzuk CintaObeliaTV1
SalonDavidntv7
2019Mimpi SabrinaRidzuanTV3

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2015Four By FourDirinya sendiri/pengacara8TV
2016Strange EncountersGo Asean

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Menu Josiah Hogan

Basics

Introduction

Kerjaya

Kehidupan peribadi

Filemografi

Rujukan

Pautan luar

News

Lists

Also Viewed

Lists
Josiah Hogan is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Josiah Hogan
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes