Ismail Sani
Quick Facts
Biography
Ismail Sani merupakan ADUN Selangor kawasan Dusun Tua. Beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional / UMNO dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008 dan menewaskan calon PAS.
Latar belakang
Ismail lahir di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor pada 15 April 1967.
Beliau telah berkahwin dan mempunyai 5 anak.
Pendidikan
1974 - 1979 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Hulu Langat.
1980 - 1990 di SMK Abdul Jalil Hulu Langat.
1985 - Kolej Pengajian Persediaan JPA.
1985 - 1987 Diploma Pengajian Perniagaan (Associate Degree Indiana University/ITM).
1988 - 1990 Bachelor of Science, Business Administration (University of Missouri, St. Louis USA)
Khidmat masyarakat
Beliau menjadi ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sejak 1998- 2008. Beliau juga Presiden Dewan Perniagaan Melayu Hulu Langat.
N23 Dusun Tua
Jumlah pengundi di Dusun Tua ialah 32,248 orang. Pengundi Melayu: 57.4% Cina: 35.1% India: 6.6% dan lain-lain: 0.9%. Ismail Sani (BN) mendapat 13,542 undi. Sementara lawannya Mohd Sani Hamzan (PAS) mendapat 11,579 undi.