Intan Ladyana
Quick Facts
Biography
Intan Nurladyana binti Mohamat Yahaya atau lebih dikenali sebagai Intan Ladyana (lahir 2 Jun 1982) merupakan seorang model, pelakon, dan pengacara di Malaysia. Beliau mula dikenali ramai melalui drama Puteri yang disiarkan di TV3. Beliau pernah menjadi penuntut dalam jurusan undang-undang, berdarah kacukan Melayu-Thai dan merupakan salah seorang bekas peserta Dewi Remaja 2005.
Biografi
Intan Ladyana, yang berdarah kacukan Melayu dan Siam, dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Pattani, Thailand. Beliau mempunyai ramai sanak saudaranya di Negara Gajah Putih. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang pemodelan pada usia 23 tahun dengan menyertai Pusingan Kedua Pencarian Dewi Remaja 2005/06 dan terpilih menjadi penghias muka depan majalah Remaja edisi 15 Jun 2005.
Pada 2006, Intan membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Tipah Tertipu The Movie lakonan kumpulan Ruffedge arahan pelakon bertukar pengarah Ahmad Idham. Drama pertama lakonannya ialah Jelatang bersama Ryzal Jaafar yang bersiaran di Slot Lestary TV3.
Pada 2007, beliau berlakon bersama Pierre Andre dalam filem seram Jangan Pandang Belakang arahan Idham yang mana beliau memegang watak pasangan kembar perempuan. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan, sekaligus menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di Filipina.
Pada 2010, Intan sekali lagi berlakon di bawah arahan Idham menerusi filem aksi komedi pecah panggung, Adnan Sempit bersama Shaheizy Sam dan Yana Samsudin, yang mana beliau memegang watak sebagai Nadia. Kejayaan filem ini membawa kepada penghasilan tiga filem susulan - Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014).
Pada 2014, beliau melakonan watak Seri Umairah dalam drama Jika Itu Takdirku bersama Shah Iskandar yang bersiaran di Slot Samarinda di TV3.
Selain menjadi pelakon, Intan juga merupakan jurucakap bagi produk kecantikan Shurah.
Filemografi
Filem
- Tipah Tertipu The Movie (2006)
- Jangan Pandang Belakang (2007)
- I'm Not Single (2008)
- Adnan Sempit (2010)
- v3 Samseng Jalanan (2010)
- Kembar Siang (2011)
- Flat 3A (2011)
- Bini-Biniku Gangster (2011)
- Adnan Sempit 2 (2012)
- X (2012)
- Halim Munan (2012)
- Apa Celop Toqq... (2012)
- Pada Suatu Cinta Dahulu (2013)
- Kecoh Hantu Raya Tok Chai (2013)
- Adnan Sempit 3 (2013)
- Aku Pilih Kamu (2013)
- Adnan Sempit Sawadikap (2014)
- Abang Lejen (2015)
- Hantu Bungkus Ikat Tepi (2015)
- Banglo Berkunci (2015)
Drama
- Jika Itu Takdirku (TV3 - 2014)
- Naik Hantu di Astro Ria
- Tunang Pak Lang Drebar Pak Lang di Astro Warna
- Tanah Kubur musim ke4 Astro Oasis
- Puteri di TV3
- Jelatang di TV3
- Sutera Maya di TV3
- Suria Kasandra di TV3
- Quddus (TV2) - 2015
- Bio-Nik di TV3
- Jangan Pandang Belakang Series 2 di TV2
- Semusim Rindu (2017) Astro Prima & Astro Maya HD sebagai Hajar/Hani
Telemovie
- Pengancam Perkahwinan(2013) sebagai Arianna
Program televisyen
- Sepahtu Reunion Live (2017) Astro Ria - artis jemputan
Peranan kedutaan
Pada April 2012, Intan bersama-sama dengan Nazim Othman, Fizo Omar, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL).
Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni'. Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni.
Rujukan
Pautan luar
- Laman web rasmi
- Intan Ladyana di Facebook
- Intan Ladyana di Instagram
- Intan Ladyana di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Tonton Semusim Rindu di Dramasyok.com