Hilmi Ismail
Quick Facts
Biography
Hilmi Ismail (lahir 1990) ialah seorang juruanimasi di Malaysia. Beliau merupakan pengarah filem animasi pendek tahun 2019, Kring!. Beliau juga ialah ketua pegawai eksekutif bagi Kumpulan Malakat Eco dan Kumpulan Brainy Bunch bermula 2022.
Pendidikan
Hilmi menamatkan pengajian sarjana muda multimedia dari Universiti Multimedia Malaysia pada 2014 dalam pengkhususan filem dan animasi.
Filem animasi
Hilmi merupakan pengarah bagi sebuah filem animasi pendek yang mula ditayangkan sempena hari guru pada tahun 2019 berjudul Kring!. FIlem ini telah memenangi beberapa anugerah perfileman peringkat antarabangsa seperti di Festival Filem Antarabangsa mengenai Kekurangupayaan Ke-4 di Perancis sebagai Filem Animasi Pendek Terbaik dan Festival Animasi Antarabangsa Bergen: ReAnima di Norway sebagai Filem Animasi Terbaik untuk Kanak-kanak.
Bidang korporat
Dalam bidang korporat pula, Hilmi telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif bagi dua buah kumpulan syarikat iaitu Kumpulan Malakat Eco, sebuah syarikat perniagaan dan Kumpulan Brainy Bunch, sebuah syarikat dalam bidang pendidikan. Beliau dilantik mengetuai kedua-dua syarikat ini bermula Mac 2022.
Rujukan
Pautan luar
- Hilmi Ismail di Facebook
- Hilmi Ismail di Instagram
- Hilmi Ismail di Twitter