Hilal Asyraf
Quick Facts
Biography
Hilal Asyraf atau nama penuhnya Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak bin Kaprawi merupakan seorang penulis muda tempatan yang giat menulis karya-karya berunsur Islamik dengan menjadikan 'Mari Menjadi Hamba' sebagai asas tema untuk setiap penulisan karya-karya beliau. Kebanyakan karya novel dan cerpennya berkitar antara hidupnya bersama orang sekelilingnya. Selain itu, Hilal juga bergiat aktif sebagai penceramah bebas, mengendalikan kem berunsur Islamik dan bengkel-bengkel motivasi. Beliau juga telah dijemput untuk mempromosikan buku motivasinya di rancangan Nasi lemak Kopi 'O TV 9.
Pada tahun 2010, beliau telah mengasaskan laman web LangitIlahi.com dan pada tahun berikutnya telah mengasaskan pula syarikat LangitIman Resources yang kemudian mempunyai 4 buah cabang di bawah nama produk LangitIlahi.
Hilal telah berkahwin dengan Tengku Masyitah binti Tengku Paris, adik kepada sahabatnya Tengku Fahmi, pada 7 Julai 2012.
Beliau juga pernah memberi kritikan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atas persoalan Tun berkenaan Islam.
Beliau juga terlibat aktif sebagai ahli HALUAN.
Biografi
Hilal dilahirkan pada 16 Januari 1989 di Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Iman dan kemudian di Sekolah Rendah Islam Hidayah (1995-2001), Senai, Johor dan seterusnya di Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah (MATRI) (2002-2008), Perlis. Beliau kini memegang ijazah dalambidang Usuluddin dari Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Masyitah pada tahun 2012.
Beliau memulakan langkahnya menjadi seorang penulis pada tahun 2009 dengan terbitnya Novel VT dan buku motivasi LangitIlahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita, kini pada tahun 2012, beliau telah menerbitkan 17 buah karya dan ada lagi beberapa karya yang bakal menyusul. Tidak sekadar menulis, dia juga dijemput ke pelbagai program untuk memberikan penyampaian dan perkongsian di pelbagai tempat.
Hilal merupakan kolumnis bagi majalah-majalah Islamik seperti Majalah Anis (2010-2011), Majalah HALUAN (2010-kini), Majalah Remaja (2012-kini), dan Majalah JOM! (2012-kini).
Bapa saudaranya Abd Aziz Kaprawi.
Sejarah penulisan
Hilal mula menulis secara suka-suka di blog. Kemudiannya, Hilal mula berjinak dalam dunia penulisan setelah beliau ditawarkan menulis untuk buku motivasi pertamanya bertajuk 'LangitIlahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita'.
Karya
Hilal Asyraf telah berjaya mengarang 10 buah Novel, 6 buah buku motivasi,2 kumpulan cerpen dan 1 kumpulan puisi. Karyanya banyak diterbitkan oleh syarikat Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Karya | |||
---|---|---|---|
Jenis | Senarai | ||
Novel |
| ||
Buku motivasi |
| ||
Kumpulan cerpen |
| ||
Kumpulan puisi |
|
Anugerah
Buku novel beliau bertajuk Remaja Mulia telah memenangi anugerah Hadiah Sastera Johor Kategori Kanak-Kanak untuk tahun 2011.