Helmi Effendy
Quick Facts
Biography
Helmi Effendy (lahir sebagai Nur Hilmi bin Afandi) ialah seorang penulis buku dan aktivis sejarah di Malaysia. Beliau merupakan pengasas bersama syarikat penerbitan buku, Patriots Publishing yang dikenali dengan jenama The Patriots (karya bukan cereka) dan Mahakarya (karya cereka).
Latar belakang
Helmi merupakan seorang graduan Universiti Selangor dalam pengajian diploma Media dan Komunikasi. Beliau mula menerbitkan novel pertama pada 2013 dengan judul Epidemik T yang diterbitkan oleh Buku Prima.
Penulisan
Karya cereka
- Terhempasnya Pesawat MH747. Terbitan Patriots Pubulishing, 2022.
- Projek Seram: BAS. Penulis bersama Fitri Hussin dan Affieyza Isahak. Terbitan Buku Prima, Jun 2021
- Dirgahayu. Terbitan Patriots Publishing, 2020
- Menggunung. Terbitan Buku Prima, Mac 2018
- Klimaks. Terbitan Buku Prima, Mei 2017.
- Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2. Penulis bersama Suzani Nadzir, Aida Adia dan Noorfadzillah. Terbitan Ilham Karangkraf, Februari 2017
- Projek Seram: LIF.Penulis bersama Ninie Othman, Resmanshah. Terbitan Buku Prima, Januari 2017
- Projek Thriller: VAPE. Penulis bersama Zaifuzaman Ahmad, Salleh Kausari dan Syasya Bellyna. Terbitan Buku Prima, Januari 2016
- Projek Seram: AIRPORT. Penulis bersama Noorfadzillah, Aida Adia dan Aziah Zainal. Terbitan Buku Prima, Mei 2016
- Projek Seram: ISTANA. Penulis bersama Maria Kajiwa, Syasya Bellyna dan Naim Tamdjis. Terbitan Buku Prima, Mac 2016
- Dari Alam Lain. Terbitan Buku Prima, Ogos 2015.
- Permainan Maut. Penulis bersama Ebriza Aminnudin, Syasya Bellina dan Aida Adia. Terbitan Buku Prima, September 2015.
- The Lost World. Terbitan Buku Prima, Ogos 2014.
- Epidemik T, Terbitan Buku Prima, 2013.
Karya bukan cereka
- Jangan Selewengkan Sejarah Melayu II. Terbitan Patriots Publishing, 2023
- Pertempuran-pertempuran Agung: Seni Pertempuran Terulung. Penulis bersama Moustapha Abbas dan Amir Zayyanid. Terbitan Patriots Publication, November 2019
- Tokoh Agung Melayu. Penulis bersama Moustapha Abbas dan Raja Ariff Danial. Terbitan Patriots Publication, Mac 2019
- Jangan Selewengkan Sejarah Melayu. Terbitan Patriots Publication, 2016.
- Kitab Tamadun Melayu. Penulis bersama Panel Penulis The Patriots, Moustapha Abbas dan Raja Ariff Danial. Terbitan Patriots Publication, 2015.
Isu dan kontroversi
Doa pengkhianat Melayu dibunuh
Pada 12 Julai 2018, Helmi Effendi telah membuat hantaran kontroversi di Facebook miliknya mengenai keputusan mantan Menteri Pendidikan Dr.Maszlee Malik yang ingin mempertimbangkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama yang dikeluarkan beberapa sekolah jenis kebangsaan di Malaysia . Akibatnya, pada tahun 2019, kedai buku dalam talian Buku Fixi telah menggugurkan penjualan dua judul karyanya,iaitu Jangan Selewengkan Sejarah Melayu dan Kitab Tamadun Agung Melayu.
Rujukan
Pautan luar
- Helmi Effendy di Goodreads
- Helmi Effendy di Portal The Patriots