peoplepill id: hasnul-rahmat
HR
1 views today
1 views this week
Hasnul Rahmat
acteur

Hasnul Rahmat

The basics

Quick Facts

Intro
acteur
Gender
Male
Religion(s):
The details (from wikipedia)

Biography

Hasnul Rahmat Mustafa merupakan seorang pelakon Malaysia. Beliau lebih dikenali melalui watak-watak yang sentiasa memaparkan kelainan setiap kali beliau muncul di layar perak mahupun di kaca TV. Persembahannya yang unik serta pembawakan karektor di dalam lakonan beliau tidak pernah mengecewakan penonton.

Kerjaya

Pembabitan seni lukis, teater dan pengajian filem

Hasnul Rahmat
Memegang watak sebagai Hasbi dalam Mantra, bersama Zul Handy Black (kiri)

Beliau memulakan langkah seni semasa di sekolah seni lukis La Salle pada tahun 1989 di Singapura. Semasa pengajiannya di sekolah seni, beliau juga melibatkan dirinya dalam bidang teater di bawah asuhan pelukis/pengarah/pelakon Khairul Anwar Salleh. Pementasan pertamanya sebagai pemain adalah dari karya Rafaat Hamzah "Kali ini jam dua belas datang lewat dari waktunya" (1989) sempena Festival Teater Remaja ajuran Kemuning serta "Forest for Rest" (1990) dan "Noah Ark" (1990) sempena Festival of the Arts / Time Show Artist Village. Beliau kemudiannya meneruskan pengajiannya ke sekolah filem di Akademi Filem Malaysia (sekarang Aswara) pada tahun 1994. Arahan filem pendek pertama beliau berjudul "The Angry Young Pig" (1995) telah memenangi Anugerah Silver Award dalam 2nd Malaysian Video Award. Seterusnya, beliau telah mengarah banyak lagi filem pendek yang bercorak eksperimental sehingga sekarang, di antaranya adalah "Separuh Bumi" (1997),"Dead Moments" (1997), "Little Boy in the Sky" (1998), "Found Object" (1998), "Bukan di syurga yang ini" (1999) dan "The Last Dinner" (1999), "I was Interrupted" (2010) dan "Kiss My Method" (2010). Aktiviti-aktiviti pementasan teater semasa pengajian filem diteruskan dengan penglibatan beliau sebagai pemain untuk "Teater Iqbal" arahan Normah Noordin, karya teater Tenessee William "Glass Menagerie"(1996) arahan Norzizi, "Mencari Juita"(1997) arahan Erma Fatima, "Bangau Oh Bangau"(1998) Type-O, "Teater Penghargaan S Othman Kelantan" (1999) serta "Konsert Gembala M. Nasir "(2000) arahan Jalil Ngah dan naskhahnya oleh Loloq. Beliau juga telah melakonkan watak ciptaan dari karya-karya tulisan lirik arwah Loloq di Istana Budaya dengan persembahan tribute "Untukmu Loloq" (2011).

Pembabitan dalam filem dan TV sebagai pelakon

Peluang tiba untuk beliau apabila beliau diambil untuk filem "KL Menjerit"(2000) diarahkan oleh Bade Haji Azmi. Hasil lakonan memberi tuah apabila beliau memenangi anugerah Pelakon Harapan Lelaki pada FFM16 melalui watak Tun. Pada tahun berikutnya, beliau sekali lagi tercalon bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Paloh arahan Adman Salleh pada tahun 2002. Selepas itu, beliau menjadi pilihan kepada ramai pengarah di mana lakonan beliau dapat dilihat melalui arahan Bade Hj. Azmi "Berlari ke Langit" (2003),"Gangster" (2005) "Maut" (2009), "Buai Laju-Laju"(2003) dan "Hanyut"(2010) arahan Uwei Hj Shaari, "Lang Buana"(2002) serta filem sekuel pertama "Rock" (2006) arahan Mamat Khalid di mana beliau telah dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin-16. Beliau kembali tercalon pada FFM24 untuk kategori yang sama, menerusi filem Mantra arahan Azhari Zain. Pengarah-pengarah lain yang beliau terlibat berkerjasama adalah arahan Dain Said dari filem "Dukun", arahan Shuhaimi Baba dari filem "Tanda Putera", arahan Fendi dari filem "Songlap", arahan Nik Amir dari filem "KIL" (2011). Kerja-kerja beliau yang terkini adalah filem "CCTV" (2014) arahan Daven.R dan filem arahan Faisal Ishakadalah dari filem "Juvana 2" (2015) dan"Juvana 3" (2016) sebagai Cikgu Raja.

Bermula dengan telefilem "Di Balik Jerjak Hati" (1990) arahan Kamaliah Salleh di Singapura dan "Bila Bulan Mengambang" (1995) arahan Mokhtar Abu Bakar di Malaysia sehingga supertele biopik "Saloma" (2015) arahan Melissa Saila , beliau telah terlibat banyak drama-drama televisyen di Malaysia mahupun di Singapura.

Penglibatan sebagai pengarah

Selain dari mengerjakan pembikinan filem-filem pendek dari zaman sekolah filem dari 1994 sehingga kini, beliau masih tetap aktif dalam dunia lakonan dan kerja-kerja seni-interdisplinary yang lain. Karya arahan beliau yang pertama berjudul "27 Selamanya" (2011) adalah sebuah drama rockumentari yang telah ditayangkan di UnifiTV dan TV2. Dua lagi karya dokumentari arahan beliau yang terkini adalahShadows of Eigasha dan dokumentari musik Angin Menderu.

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananPengarahCatatan
1990Bukan Di Syurga Yang IniDirinya sendiriFilem pendek
1993The Angry Young Pig
1997MerahDoktorDatuk M.Nasir
1999Perempuan Melayu TerakhirPelakon TeaterErma Fatima
2002KL MenjeritTunBade Hj. Azmi
2003PalohPutehAdman Salleh
Lang BuanaSagaMamat Khalid
2004Bisikan RemajaAndyZulkifli M. Osman
Din Glamour
Berlari Ke LangitBukhari Haji AwangBade Hj. Azmi
Buai Laju-LajuJohanU-Wei Hj Saari
2005GangsterSufiBade Hj. Azmi
RockZubir @ ZackMamat Khalid
2009MautAhmadBade Hj. Azmi
2010MantraHasbiAzhari Zain
2011SonglapAbang MatEffendee
Fariza Azlina
2012Seram SejukSyukurAzhari Zain
Apa Celop Toqq...Abang SamadAhmad Idham
2013KILJohan IskandarNik Amir Mustapha
Tanda PuteraTun Hussein OnnDatin Paduka Shuhaimi Baba
2015CCTVDoktor PsikoDaven R.
Juvana 2: Terperangkap Dalam KebebasanCikgu RajaFaisal Ishak
2016Aliff Dalam 7 DimensiBapa Aliff
Juvana 3: Perhitungan TerakhirCikgu Raja
HanyutAliU-Wei Hj. Shaari
2017Tombiruo: Penunggu RimbaJuslanSeth Larney,
Nasir Jani
2018DukunDanniDain Iskandar Said
Polis EVO 2Hafsyam/SaifJoel Soh, Andrew Chiew
2020Jerangkung Dalam Almari Hasnul RahmatShadan HashimDalam penggambaran

Drama

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2010Na O MeiDr. JohanTV3
2012Tanah Kubur Musim 5MusaAstro OasisEpisod: "Rindu Baitullah"
2015Bila Hati Telah HitamHj. ZainalAstro Maya HD
2018Teratai KembojaTaufikTV3
KL Gangster: UnderworldZanIflix6 Episod
Rahasia KasihDatuk Ariffinntv7
2019Babi!Hamdan IdrisHOOQ

Telefilem

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
200415 PuasaMajidntv7
2008Kak Kiah SerundingTV9
2014Saloma: Mencuri GuruhBapa Tiri SalomaAstro First Eksklusif
Saloma: Pandang Kaseh
2016Kapcai AyahAyah JamilTV9
Sirat Al-MustaqeemMegatAstro Maya HD
2017KomplotAstro Mustika HD
KabutSheikh RahimTV2
IlhamAstro Mustika HD
RasukCikgu Hussein
2018Adakah Aku BersalahHamzahTV3
Penjara AbahAstro Mustika HD
Terima Kasih CikguCikgu AzmanTV3

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKarya tercalonKeputusanRuj.
2003Festival Filem Malaysia ke-16Pelakon Harapan Lelaki (Filem)KL MenjeritMenang
Anugerah Skrin 2006Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)RockMenang
2009Pesta Perdana ke-10Pelakon Lelaki TerbaikMenang
2013Pesta Perdana ke-13Pelakon Lelaki TerbaikMenang
Anugerah Skrin 2013Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama)Menang
2017Anugerah Skrin 2017Pelakon Lelaki Terbaik ( Drama)Menang
2018Festival Filem Malaysia ke-30Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem)Polis EVO 2Menang

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Hasnul Rahmat is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Hasnul Rahmat
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes