peoplepill id: hanita-hassan
HH
1 views today
2 views this week
Hanita Hassan
schrijver

Hanita Hassan

The basics

Quick Facts

Intro
schrijver
Work field
Gender
Female
Birth
Age
54 years
The details (from wikipedia)

Biography

Hanita Hassan dilahirkan di Kampung Bukit Piatu, Melaka pada 2 Ogos 1971.Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru (1978-1983). Pendidikanmenengah di Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Melaka sehingga di tingkatan 5 (1984-1988).Seterusnya ke Sekolah Tinggi Melaka untuk meneruskan pengajian di tingkatan enam (1989-1990).Pada Julai1991,melanjutkan pengajian ke Institut Teknologi Mara, Shah Alam (kini UiTM) dalam bidang Sebaran Am menjurus kepada bidang kewartawanan (1991-1994).Memperolehi Ijazah Komunikasi dalam bidang kewartawanan pada Mei 1995. Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Sejarah (Master) dengan kajian Sejarah Perkembangan Akhbar Bahasa Melayu di Melaka, 2000-2014 di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) pada Disember 2013.Hanita berjaya menyelesaikan pengajiannya dalam tempoh satu tahun setengah dan memperolehi Ijazah Sarjana Sejarah pada September 2015. Hanita Hassan merupakan Mantan Ketua Satu Ikatan Persuratan Melayu (IPM) (2014).

Berkecimpung dalam penulisan sejak remaja.  Novel pertama terhasil tahun 1996 dengan judul Diari Buat Rothman yang mengisahkan tentang dunia remaja dan percintaan sepadan dengan usia penulis yang masih muda belia ketika itu.  Kemudian lahir lagi novel tahun 1998 dengan judul Hafiz Iskandar dan tahun 1999 dengan judul Lelaki Haruskah Aku Berlari.  Tidak cukup dengan novel, penulis mula berjinak-jinak dalam penulisan skrip drama radio dengan skrip drama pertama Mencari Pelangi disiarkan di Radio RTM Melaka tahun 1996.  Tahun 2005, penulis cuba menghasilkan pula novel kanak-kanak.  Mungkin kerana persekitaran yang berubah dengan faktor telah berkeluarga.  Maka lahirlah novel kanak-kanak pertama dengan judul Lima Sekawan Di Bukit Botak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Novel ini mendapat sambutan menggalakkan dan telah dijadikan novel wajib untuk program kuiz pengetahuan am pelajar sekolah rendah di negeri Melaka tahun 2005. 

Sentiasa mahukan pembaharuan dalam berkarya, penulis mencabar diri menghasilkan novel untuk kanak-kanak secara sequal dengan judul Adli Di Alam Fantasi.   PTS One adalah syarikat penerbitan yang bersetuju dengan cadangan penulis dan mula menerbitkan judul pertama tahun 2006 iaitu Adli di Alam Fantasi-Misi Monyet Putih.  Novel ini mendapat sambutan dan diulang cetak sebanyak tiga kali. Kemudian tahun 2007, lahir lagi Adli di Alam Fantasi - Menerobos Terowong Masa dan tahun 2010 dengan  Adli Di Alam Fantasi-Penyelamat Alam. Dalam menulis karya kanak-kanak, penulis berjaya menghasilkan sebuah novel di bawah terbitan DBP dengan judul Haruskah Aku Berlari tahun 2008.   Kemudian tahun 2010, terbit lagi sebuah novel Wajah Rahsia.  Tahun 2012, memenangi hadiah saguhati sayembara novel dewasa anjuran DBP dengan judul Gelut Rantau Kemilau. Novel ini diterbitkan oleh DBP pada 2016.

Kesibukan tugas hakiki, sebagai pekerja, isteri dan ibu tidak menghalang penulis terus berkarya.  Minat dalam sejarah telah membawa penulis mencuba menulis novel sejarah. Hasrat ini telah cuba diterjemah pada pertandingan sayembara novel sejarah Johor ke-3  Namun tidak berjaya diselesaikan atas pelbagai faktor. Sekali lagi pada Sayembara Novel Sejarah Johor ke-4, penulis telah berjaya menghantar dua karya dan kedua-dua karya itu telah diangkat sebagai pemenang tempat kedua dengan judul Ombak Dendam Tanah Selatan dan tempat ketiga dengan judul  1699 : Desah Dari Selatan.  Pada Sayembara Novel Sejarah Johor kali ke-5, penulis sekali lagi  dinobatkan sebagai pemenang  dengan novel berjudul 1819-Pura Daksina.  Kali ini menerima saguhati.

Selain  novel, penulis turut terlibat menulis buku-buku non-fiction.  Antaranya  Taman Botanikal Melaka - Dunia Damai Hijau dan Ilmu dengan edisi bahasa Inggeris berjudul Melaka Botanical Garden – A Serene Green World of Knowledge - 2008 terbitan Perbadanan Hang Tuah Jaya Melaka,  Melaka First / Unggul terbitan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia tahun 2007 serta beberapa judul lain sebagai penyelenggara.

Berkelulusan Ijazah Am dalam bidang Kewartawanan dari ITM Shah Alam (1991-1994) dan Ijazah Sarjana Sejarah KUIM (2013-2015).  Berkahwin dengan Ramly A. Samad dan mempunyai empat cahaya mata iaitu Nur Adibah 18, Muhammad Adib 16, Muhammad Adli 14 dan Muhammad Adam 13.

Antara judul novel dewasa yang telah ditulis oleh Hanita Hassan.

1. Haruskah Aku Berlari (DBP, 2008)

2. Wajah Rahsia (Pekan Ilmu, 2010)

3. Gelut Rantau Kemilau (DBP - 2016)

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Hanita Hassan is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Hanita Hassan
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes