Hanis Zalikha (dilahirkan sebagai Hanis Zalikha binti Zainal Rashid; 9 Oktober 1990) merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.
Kehidupan awal
Beliau merupakan anak kedua daripada tujuh orang adik-beradik. Ibunya, Nani Rostam merupakan bekas model sekitar tahun 1980-an. Beliau mula menceburi bidang peragaan bermula daripada penyertaannya dalam pertandingan televisyen realiti secara dalam talian iaitu Malaysian Dreamgirl pada tahun 2008. Beliau menjadi peserta kedua yang menjadi naib juara pada pertandingan tersebut. Pada tahun 2010, beliau menduduki tempat keenam dalam carta Top 10 Fastest Rising People in Google Malaysia Top Searches 2010 serta mengatasi kedudukan Siti Nurhaliza. Selain itu, beliau pernah disenaraikan sebagai carian sepuluh teratas dalam pencarian Google Zeitgeist 2011.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Selangor (1997), Sekolah Kebangsaan USJ 8 (1998) dan Sekolah Kebangsaan Seafield (1999-2002). Pada peringkat menengah, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 (2003), Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield (2004-2006) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 (2007). Pada tahun 2012, beliau berjaya mendapat lulusan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor pada majlis Konvokesyen ke-76 di universiti yang sama. Selain itu, beliau berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sebanyak 3.9. Beliau juga bercadang untuk menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda selain daripada membuka perniagaan produk kecantikan sendiri selepas menamatkan pengajiannya.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Terbitan |
---|
2009 | Momok The Movie | | Galaksi Seni Sdn. Bhd. |
2013 | Gangster Celop | Suzana | Skop Production Sdn Bhd / Excellent Pictures Sdn Bhd |
2015 | Kriptik / Romeo Kota | | |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Siaran TV | Terbitan |
---|
2012 | Mariam Kampung Putat | Mariam | TV3 | Excellent Pictures Sdn Bhd |
2013 | Aku Benci Mama | Liana | |
Mama-Mama Mia | Keisya | Astro Ceria / Astro Maya HD | |
2015 | Aku, Dia dan C70 | Elisya | TVi | |
Program televisyen bersiri
Tahun | Tajuk | Sebagai | Siaran TV | Nota | Terbitan |
---|
2008 | Malaysian Dreamgirl | Hanis Zalikha | Malaysian Dreamgirl TV | Beliau telah menjadi peserta kedua yang menjadi naib juara bagi musim pertama program ini, mengalahkan 12 peserta lain. Rancangan ini disiarkan secara dalam talian. | Capxion Media |
2012 | Primadona | Astro Prima / Astro Mustika HD | Beliau telah dijemput untuk menyatakan pandangannya tentang fesyen. | Astro |
Memberku Hawa | | TV9 | Beliau menjadi pelakon undangan dalam cerita ini. | Kotex Malaysia |
Mad Markets Musim 1 | Hanis Zalikha | Pada musim yang pertama, beliau banyak mengembara secara berseorangan sebelum berjumpa dengan rakan di destinasi yang dituju. Berbeza dengan musim kedua, beliau bersama Akhmal Nazri disatukan untuk membeli-belah di pasar lambak sekitar Asia termasuklah Taiwan, Bali, Korea Selatan dan Makau. | |
2013 | Mad Markets Musim 2 |
Muzik Xtra | TVi | Beliau menjadi pengacara yang membincangkan perkembangan muzik. | |
Tutor TV SPM Bahasa Melayu | Astro TVIQ | Beliau menjadi guru bahasa Melayu peringkat SPM. | Astro |
MeleTOP | Astro Ria / Astro Maya HD | Beliau diundang untuk ditemu ramah oleh Nabil dan Neelofa. |
AF Buzz | Beliau bersama Zizan Razak menjadi pengacara program ini serta membincangkan prestasi peserta-peserta AF 2013 bersama tetamu jemputan. |
Terus Gempak....Inilah AF 2013 (TGIAF) |
Raikan Cinta Musim 2 | Astro Ria | Beliau menjadi pengacara bagi program yang mengetengahkan proses majlis perkahwinan pihak pengantin. |
Ceria Superstar Musim 2 | Astro Ceria | Beliau menjadi juri jemputan bagi program ini. |
Anugerah Blockbuster 2 | Astro Ria / Astro Mustika HD | Beliau menjadi pengacara pada majlis karpet merah bersama-sama Tasha Shilla, Hefny Sahad dan Hafizul Kamal. | Persatuan Penerbit Filem Malaysia |
Pertama Kali | Lara Sofea | Tonton.my | Drama ini disiarkan secara dalam talian sahaja menerusi Tonton.my. |
2014 | Wanita Hari Ini | Hanis Zalikha | TV3 | Beliau telah dijemput untuk membincangkan tips-tips menjaga kesihatan. | Media Prima Berhad |
Anugerah MeleTOP | Astro Ria / Astro Maya HD | Beliau bergandingan bersama Aril sebagai pengacara karpet merah bagi majlis ini. | Astro |
2017 | Romantika Musim 7 | Pasangan Pilihan | Astro Ria | bersama suami dan anak beliau | |
Pencapaian
Tahun | Anugerah | Nota | Hasil |
---|
2011 | Most Influential Blog Award | Anugerah ini dicalonkan menerusi penganjuran Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 di Singapura. | Dicalonkan |
2014 | Artis Baru Wanita Popular | Beliau telah tersenarai sebagai calon lima teratas untuk ABPBH 2013. | Dicalonkan |
Rujukan
Pautan luar