peoplepill id: haji-abdullah-tahir
HAT
1 views today
1 views this week
Haji Abdullah Tahir

Haji Abdullah Tahir

The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Haji Abdullah Tahir Bunut Payong (20 Jun 1897 - 15 Ogos 1961), merupakan salah seorang 'ulama' besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh dan pengasas Pondok Bunut Payong yang terkenal di seluruh Semenanjung. Seangkatan dengan haji Ali Pulau Pisang, Hj Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj Saad Kangkong, Hj Ahmad Batu Tiga Repek, Hj Saleh Pedada dan lain-lain.

Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu, Kelantan pada 20 Muharram 1315H. bersamaan 20 Jun 1897. Bapanya, Hj Ahmad b. Mohd Zain yang berasal dari Kg. Chepa, Kedai Lalat, Kelantan pernah berkhidmat sebagai Imam Tua di Masjid Langgar, Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920).

Sesudah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah suci Makkah mendalami pengajiannya. Antara lain mengikuti kuliah Tuan Mukhtar Bogor, Syeikh Said al-Yamani, Syeikh Mohd. Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi.

Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Bagaimanapun, khidmatnya tidak lama kerana pada 1931, beliau memulakan pondoknya sendiri di Bunut Payong yang diberi nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok Semenanjung Melayu sebagai pusat pengajian pondok yang berprestij.

Di Pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Haji Abdullah Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang keras lagi tegas.

Kerana kegigihannya yang sedemikian maka tidak peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid berilmu tinggi seperti Hj. Husain Rahimi, Hj Nik Man Sungai Budor, Hj. Abdul Aziz Pasir Tumboh dan lain-lain. Kerana ketokohannya jugabeliau dilantik menganggotai Jemaah 'Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan untuk beberapa penggal (seawal 1932).

Kematian fuqaha' ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan 15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang tokoh ilmuwan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah Islamiahnya.

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Haji Abdullah Tahir is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Haji Abdullah Tahir
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes