Fatah Ngah
Quick Facts
Biography
Abdul Fattah bin Ngah atau nama penanya Fatah Ngah (1953 – 5 Februari 2023) ialah seorang pelukis dan kartunis Malaysia. Beliau cukup sinonim dengan karyanya A. Mahmud dan Lagak A. Mahmud.
Fatah Ngah berasal dari Dungun, Terengganu serta merupakan sahabat karib Kerengge. Fatah Ngah dibesarkan dalam keluarga yang meminati seni, anak seorang guru pelawat. Kedua-dua orang adik beliau, Abdul Jalil bin Ngah merupakan pengarah seni sementara penggubah lagu terkenal "Sekadar Di Pinggiran", Manan Ngah. Fatah pernah menjadi ilustrator komik Medan Pelajar,Bambino dengan penerbitan majalah Gila-Gila.
Jualan Amal Fatah Ngah
Pada 21–30 Oktober 2011, Pameran dan Jualan Amal Fatah Ngah diadakan di Lana Wau, Kompleks Kraftangan yang terletak di Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Pameran dengan kerjasama daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan) ini bertujuan mengumpul dana bagi membantu kos rawatan dan perubatan Fatah Ngah yang menghidap penyakit saraf.
Meninggal dunia
Beliau meninggal dunia pada 5 Februari 2023 di usia 70 tahun pada pukul 1:45 pagi. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya Dungun, Terengganu pada pukul 12:00 tengah hari.
Lihat juga
- Gila-Gila
- Komik di Malaysia
Pautan luar
- Laman web CESB Diarkibkan 2007-02-16 di Wayback Machine