peoplepill id: emeelya-elyana-emrizal
EEE
1 views today
1 views this week
Emeelya Elyana Emrizal

Emeelya Elyana Emrizal

The basics

Quick Facts

A.K.A.
Erneelya Elyana Emrizal Elyana
Gender
Female
Age
37 years
The details (from wikipedia)

Biography

Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana (lahir 5 Julai 1987) merupakan seorang penyanyi Malaysia yang mulai menceburi dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun. Sepanjang kerjaya muzik beliau, Elyana telah menerbitkan 4 album studio, 2 album kompilasi dan telah mengeluarkan 44 single. Di awal kemunculannya, Elyana membawakan lagu-lagu berentak pop, balada dan R&B dan seterusnya beralih kepada pop rock.

Beliau juga merupakan peminat penyanyi rock Kanada, Avril Lavigne yang memberikan inspirasi kepadnya untuk menyanyikan lagu-lagu pop rock. Beliau telah menjadikan Siti Nurhaliza sebagai salah satu pengaruh beliau dalam industri muzik Malaysia, selain Ning Baizura, Ziana Zain dan Amy Mastura.

Biografi

Erneelya Elyana Emrizal dilahirkan pada 5 Julai 1987 di Shah Alam, Selangor dan merupakan anak kedua daripada empat bersaudara yang semuanya perempuan.

Kerjaya

Muzik (2001-2011)

Elyana mula diperkenalkan oleh komposer Patrick Khamis menerusi lagu balada yang pertama iaitu single berjudul Niat yang dimuatkan dalam album komposer tersebut. Lagu Niat yang diputar pada tahun 2001 menjadi antara lagu paling hits sekaligus memperkenalkan Elyana dan mendapat beberapa pencalonan dalam pelbagai majlis anugerah muzik.

Elyana muncul dengan album pertama ketika berusia 15 tahun menerusi album berjudul Satu pada 2002, kemudian disusuli dengan album kedua (yang kurang mendapat publisiti) iaitu album Segalanya pada 2003. Menerusi album ini, Elyana bereksperimentasi dengan muzik pop rock sentuhan Tam Spider menerusi lagu berjudul "Cahaya Gelita".

Masih bersekolah di tingkatan 4 ketika muncul dengan 2 album ini, Elyana telah menamatkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2004. Sehingga kini, dia telah merakamkan empat album solo.

Album solo ketiganya, Bicara Mata Ini yang muncul pada 2005 ketika beliau berusia 18 tahun melonjakkan kembali nama penyanyi ini. Album ini menampilkan banyak lagu hits, antaranya ialah "Tak Tercapai Akalmu". Elyana dan penerbitnya, Aidit Alfian mempertaruhkan genre muzik yang berlainan daripada penyanyi sedia ada. Menerusi lagu "Tak Tercapai Akalmu", mereka berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-21 pada Januari 2007.

Rentetan kejayaan itu, Elyana dan Aidit Alfian kini mempertaruhkan album terbaru berjudul Jadi Diriku yang muncul pada bulan November 2007. Album ini mendapat ulasan yang baik dari penggiat seni muzik dan juga media di Malaysia. Album ini menampilkan lagu-lagu hit pop dan pop rock seperti "Kau atau Aku (Main Tarik Tali)" dan "Kalis Rindu", album Jadi Diriku menjadi antara album terbaik untuk tahun 2007.

Pada 2011, Elyana menerbitkan album kompilasi, Terbaik Elyana dan melancarkan single terbarunya, Sewaktu Dulu-dulu ciptaan Aidit Alfian.

Televisyen dan filem (2003-2011)

Elyana juga menceburi dunia lakonan secara serius. Pada mulanya, Elyana muncul dalam sebuah drama yang tidak ditayangkan iaitu Sepai Tajul Muluk pada 2003, kemudian Elyana hanya secara suka-suka muncul dalam drama seram arahan Ellie Suriati pada tahun 2004 berjudul Seriau. Namun selepas aksi lakonannya yang dikatakan baik, beliau mendapat tawaran untuk muncul dalam beberapa produksi lain.

Filem pertama Elyana ialah filem bengenre seram dan pengembaraan remaja - Gong (2006) yang menjalani pengambaran di Jogjakarta, Indonesia. Filem arahan Sandosh Kesavan ini menerima 3 pencalonan di Festival Filem Malaysia yang ke-19 malah turut berlakon dalam filem ini ialah pelakon Fasha Sandha dan aktor terkenal Indonesia, Teuku Zacky.

Seterusnya Elyana disunting untuk membintangi filem seram blockbuster berjudul Dukun. Filem arahan Dain Iskandar Said ini menjalani pengambaran pada 2006 dan dilakonkan oleh aktres tersohor Malaysia, Umie Aida disamping barisan pelakon kelas A seperti Faizal Hussein, Nam Ron, Adlin Aman Ramli, Ramli Hassan dan Hasnul Rahmat. Elyana memegang watak sebagai banduan juvana dalam filem ini, lakonan Elyana dalam filem ini mendapat pujian dari penggiat seni. Walau bagaimanapun, lakonan mantap beliau dalam filem ini tidak dapat ditonton peminat kerana filem ini telah diharamkan tayangan kerana dikatakan dibuat berdasarkan kisah benar pembunuhan oleh dukun terkenal Malaysia, Mona Fandey.

Selari dengan 3 produksi drama/filem seram lakonannya, muzik dan imej Elyana juga tampil ghotik seperti yang ditampilkannya menerusi album kedua dan ketiganya.

Karier lakonan Elyana tidak berakhir disitu. Pada tahun 2006, Elyana berjaya mendapat watak utama dalam drama siri TV komedi remaja berjudul Dunia Baru terbitan Grand Brilliance. Siri TV ini mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi rancangan TV yang tinggi rating nya dengan 2.3 juta penonton. Dalam drama siri TV Dunia Baru, Elyana memegang watak utama sebagai Sofea Nordin atau Opie, seorang gadis biasa yang kasar dan sentiasa merasakan dirinya tidak sempurna malah tidak berkeyakinan tinggi bagi kehidupannya. Kisah pelajar jurusan kejuruteraan ini juga telah dibintangi beberapa pelakon remaja seperti Pierre Andre, Iqram Dinzly, Ryzal Jaafar, Wan Ellyas, Almy Nadia, Anne Ngasri, Baizura Kahar, Anita Baharom dan Que Haidar, serta ramai pelakon yang lain. Lagu Pakai Kanta Cinta ciptaan AG Coco daripada kumpulan Hujan dijadikan lagu tema drama ini.

Lanjutan dari kejayaan musim pertama siri TV ini, Dunia Baru dilanjutkan kemusim kedua pada akhir 2006 dan musim ketiga pada akhir 2007. Siri TV ini masih kekal antara program paling tinggi rating di TV. Elyana juga sudah serasi dengan watak Opie dalam drama ini.

Tidak hanya di TV, pada Februari 2008 ini, Elyana buat pertama kali akan memegang watak utama dalam filem Dunia Baru The Movie. Filem arahan pengarah M Hitler Zami ini mengekalkan pelakon siri TV Dunia Baru dengan kemunculan beberapa pelakon komedi seperti Opie Zami, Kenchana Dewi, Ilya Buang dan Ropie Cecupak.

Selepas tamat siri Dunia Baru musim ketiga pada Januari 2008, Elyana muncul dengan siri TV terbaru berjudul Renjis. Drama siri ini juga mendapat sambutan menggalakkan hingga mencecah 2.1 juta penonton di Astro Ria. Pada musim pertama, Elyana memegang watak sebagai Kirana, perunding perkahwinan yang menghadapi dilema dalam memilih bakal suami. Musim pertama menyaksikan Elyana bergandingan bersama aktor Ashraf Sinclair, manakala musim kedua bersama aktor Kamal Adli. Pelakon lain yang turut membintangi siri tersebut ialah Ashraf Muslim, Liza Abdullah, Syed Ali dan Sherry Ibrahim.

Pada November 2009, Elyana muncul dengan siri TV terbaru beliau berjudul Kamelia Katrina sementara filem terbarunya berjudul Hooperz bergandingan bersama aktres komedi popular Amy Mastura dan aktor kacak Remy Ishak dijadualkan bakal muncul pada awal 2010.

Kini Elyana dikenali sebagai pelakon dan penyanyi rock remaja wanita yang paling popular di Malaysia dengan pencapaian yang seimbang diantara kedua-dua bidang. Dalam usia 21 tahun, Elyana bakal terus popular dengan imej tersendirinya seperti vokal yang unik dan bertenaga, sering berkaki ayam di atas pentas, muzik rock yang unik, karekter lucu dalam lakonan serta fesyennya yang popular dan menjadi ikutan muda mudi.

Peranan lain

Elyana merupakan duta produk Converse pada tahun 2003 dan 2004. Elyana menyambung kontrak bersama Converse pada tahun 2008.

Kehidupan peribadi

Elyana telah berkahwin pada 2010 dengan jejaka pilihan hatinya, Khairul Anuar Husin, 41, dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah, yang berusia 5 tahun.

Diskografi

Album studio

  • Satu (2002)
  • Segalanya (2003)
  • Bicara Mata Ini (2005)
  • Jadi Diriku (2007)

Single

TahunJudul LaguKedudukan Tertinggi CartaAlbum
EraMuzik.fmHot.fmMuzik-muzik
2001"Niat"214Pilihan Bestari Patrick Kamis
2002"Rela"43Satu
"Ironi"115
"Suka"
"Hasrat"12
"Cinta Remaja"
duet bersama kumpulan Antz
87Pintas
2003"Sandiwara"189Segalanya
"Cahaya Gelita"456
"Pulang Menjadi Milikku"
2004"Ku Punya Waktu"
2005"Tak Tercapai Akalmu"111Bicara Mata Ini
"Diriku Tapak Sulaiman"212
2006"Di Atas Medan Kasih"8
"Missed Call"7
"Pakai Kanta Cinta"124
2007"Kau Atau Aku (Main Tarik Tali)"1121Jadi Diriku
"Kalis Rindu"1111
2008"Bukannya Satelit"5610
"Syukur Ku Sedar"14
"Molek"7114
2011"Sewaktu Dulu-dulu"6417Single

Persembahan dan konsert

  1. Anugerah Personaliti Hiburan (Media Hiburan) 2003 menyampaikan lagu Warna bersama Sarah dan Misha Omar
  2. Konsert Jamm@McD 2003 menyanyikan lagu Ku Bahagia (Melly Goeslaw)
  3. Anugerah Era 03 bergandingan bersama Ezlynn, Azharina dan Naufara dalam medley 70an
  4. Anugerah Industri Muzik ke 13 (2006) menyampaikan lagu Tak Tercapai Akalmu
  5. Anugerah Era 06 menyampaikan lagu Diriku Tapak Sulaiman
  6. Anugerah Juara Lagu ke 21 (2007) mempertandingkan lagu Tak Tercapai Akalmu
  7. Konsert Hot.fm Big Jamm 2008 menyampaikan lagu Kalis Rindu dan Kau Atau Aku bersama kumpulan COCO
  8. Konsert Zoom In RTM bersama Elyana (Mac 2008) di Angkasapuri.Elyana diiringi band COCO berkolaborasi bersama band-band indie seperti Hujan,Meet Uncle Hussein,dan penyanyi remaja Iqwal.
  9. Anugerah Planet Muzik 2008 menyampaikan lagu Kalis Rindu
  10. Anugerah Industri Muzik ke 15 (2008) sebagai penyampai anugerah bersama Dina dan Lah Ahmad

Filemografi

Filem

Filem
TahunFilem & PengarahPerananNota
2006Gong
  • Sandosh Kesavan
Ika
  • Hero: Faizal Yusup
2008Dunia Baru The Movie
  • M Hitler Zami
Sofia Nordin / Opie
  • Hero: Pierre Andre
  • (Pencalonan) Aktres Terbaik Anugerah Skrin 2008
2010Hooperz
  • Dhojee
TBA
  • Hero: Remy Ishak
Tidak DitayangkanDukun
  • Dain Iskandar Said
Nadia Karim
  • Siap pada 2006
  • Diharamkan tayangan

Drama

Telefilem
TahunTelefilem & PengarahNota
2003Sepai Tajul Muluk
  • Fairuz Loy
  • Tidak ditayangkan
2004Seriau
  • Ellie Suriaty Omar
2008Sabrina
  • Feroz Kadir

Siri TV

Siri TV
TahunSiri TVPerananSaluran
2006Dunia Baru
  • Musim Pertama
Sofia Nordin aka Opie
  • Hero : Pierre Andre & Ryzal Jaafar
TV3, Slot Lestary
2007Dunia Baru
  • Musim Kedua
Sofia Nordin aka Opie
  • Hero : Pierre Andre & Ryzal Jaafar
TV3, Slot Lestary
Susuk
  • Episod 8
Pelakon undangan
  • Hero : Que Haidar
TV3, Slot Seram
2008Dunia Baru
  • Musim Ketiga
Sofia Nordin aka Opie
  • Hero : Pierre Andre
TV3, Slot Lestary
Renjis
  • Musim Pertama
Kirana
  • Hero : Ashraf Sinclair & Syed Ali
Astro Ria MEGADRAMA
Renjis
  • Musim Kedua
Kirana
  • Hero : Kamal Adli & Syed Ali
Astro Ria MEGADRAMA
2009Kamelia Katrina
  • Musim Pertama
Katrina
  • Hero : Nas T, Marcell & Nabil Zamanhuri
Astro Ria MEGADRAMA
2015Keluarga Karaoke
  • Musim Pertama
  • Hero :
Astro Ria

Siri Online

Siri Online
TahunSiri TVPerananSaluran
2006Dunia Baru - Reunion
  • Musim Keempat
Sofea Nordin a.k.a Opie
  • Hero : Wan Ellyas
GuaTV; gua.com.my

Anugerah dan pencapaian

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
TahunKategoriKarya TercalonAlbumKeputusan
2001 (AIM ke 9)Artis HarapanElyanaSingle NiatDicalonkan
2005 (AIM ke 13)Susunan Muzik dalam Lagu TerbaikTak Tercapai AkalmuBicara Mata IniDicalonkan
2007 (AIM ke 15)Persembahan Vokal Wanita TerbaikElyanaJadi DirikuDicalonkan
Video Muzik TerbaikKau Atau Aku (Main Tarik Tali)Dicalonkan
Anugerah Planet Muzik Nusantara (APM)
TahunKategoriKarya TercalonAlbumKeputusan
2002Artis Baru Wanita TerbaikElyanaSingle NiatDicalonkan
2007Artis Wanita TerbaikElyanaJadi DirikuDicalonkan
Artis Wanita PopularElyanaDicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH)
TahunKategoriKeputusan
2002Artis Baru Wanita PopularMenang
2008Penyanyi Wanita PopularDicalonkan
Anugerah Juara Lagu (AJL)
TahunKarya TercalonKategoriKeputusan
2006 (AJL 21)Tak Tercapai Akalmu Comp. Aidit Alfian & Ad SamadPop RockDicalonkan
2008 (AJL 23)Kalis Rindu Comp. Aidit Alfian & Ad SamadPop RockDicalonkan
Separuh Akhir Muzik Muzik
TahunKarya TercalonKategoriKeputusan
2002 (AJL 17)Niat Comp. Patrick KhamisBaladaGagal ke Final
Anugerah Skrin
TahunKategoriFilem/ DramaKeputusan
2008Pelakon Wanita TerbaikDunia Baru The MovieDicalonkan
Anugerah Era
TahunKategoriKarya TercalonKeputusan
2002Artis HarapanNiatDicalonkan
Anugerah Citrawangsa, Dewan Bahasa Pustaka
TahunKategoriKeputusan
2005Galakan Penulisan Lirik Bahasa MelayuMenang
  • Lagu "Cahaya Gelita", lirik oleh Rosli Khamis (Loloq)
Voice of Asia Kazakhstan
TahunHadiah
2002Menang| Anugerah Khas Pilihan Juri
Menang | Peserta Paling Popular
Senarai EH! Yang Anggun
TahunKedudukanNota
2005Top 20Menang
2008Top 20Menang
Anugerah Media Hiburan
TahunKategoriKeputusan
2002Anugerah Bakat Baru PenyanyiMenang

Nota kaki

Rujukan

Pautan luar


Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Maya Karin
Anugerah Bintang Popular Berita Harian - Artis Baru Wanita Popular
2002
Diikuti oleh:
Misha Omar
Didahului oleh
Ferhad
Anugerah Media Hiburan - Bakat Baru Penyanyi
2002
Diikuti oleh:
Misha Omar
The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Emeelya Elyana Emrizal is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Emeelya Elyana Emrizal
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes