Dzulkefly Ahmad (Johor)
Quick Facts
Biography
Dr Dzulkefly Ahmad adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara yang juga merupakan mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Pengarah Strategi Parti Amanah Negara.
Pendidikan
Dzulkefly Ahmad mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Imperial College (St. Mary’s Hospital Medical School), Universiti London (1993) dalam bidang Sains Perubatan (Toksikologi) dan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Surrey dan Ijazah pertama dari Universiti Birmingham, England (1980) dalam bidang yang sama. Beliau mengikuti kursus dalam Ekonomi dan Kewangan Islam dalam tahun 1998-99.
Kerjaya
Dzulkefly Ahmad pernah menjadi pensyarah di Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang (1984-1989) dan HUSM, Kelantan (1993-1997). Beliau menjadi pensyarah tamadun Islam di USM (1987-1997).Dzulkefly adalah bekas anggota British Toxicology Society (BTS) dan bekas Asia Pacific Association of Medical Toxicology (APAMT).Beliau juga pengasas dan Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Jaiputra, Kelantan (1999-2003), IPTS pertama berakreditasi penuh oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjalankan kursus bersepadu antara profesional dan agama. Beliau juga Konsultan di sebuah syarikat pengurus asset di Kuala Lumpur (1999-2001), bekas Pengarah (2003-2004) sebuah Syarikat Awam Tersenarai (PLC-Main Board). Penasihat Kanan sebuah syarikat hartanah milik rakyat Saudi di Kuala Lumpur (2005-2007).
Politik dan khidmat sosial
Dr Dzulkefly pernah menjadi pemimpin Pergerakan Mahasiswa di United Kingdom (70-80an),[[Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) 1997-1998),Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (1998-2009),AJK Kerja PAS Pusat (2004 sehingga kini), AJJK Lujnah Politik PAS Pusat (2004 sehingga kini),AJK Pemandu Gabungann Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH, 2006 sehingga kini).Beliau luga dapat sempat menulis dan mengulas isu-isu semasa di media cetak dan elektronik dan membentang kerta kerja di peringkat nasional dan antarabangsa (pembangunan ekonomi, perhubungan kaum dan pertembungan tamadun Islam-Barat, Political Islam dll).
Buku himpunan analisis politik berjudul ”BLIND SPOT” – 2008 merupakan hasil pemerhatian beliau.
Pilihan raya
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Jahaya Ibrahim dengan majoriti sebanyak 860 undi. Beliau memperolehi 18,796 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,936 undi.
Bagaimanapun, pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Dr Dzulkefly kalah kepada Irmohizan bin Ibrahim dengan majoriti 460 undian Beliau memperolehi 27,040 undian berbanding dengan 27,500 undian untuk lawannya.