Constance Haslam
Quick Facts
Biography
Constance Haslam Behr (1945 – 3 Oktober 2022) merupakan bekas penyampai berita dan juruhebah radio Malaysia yang berkhidmat di Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama dua dekad.
Kerjaya
Sepanjang kerjayanya di RTM, Constance ialah antara pelopor dunia penyiaran dengan bakatnya sebagai pengacara, penyampai berita dan radio bagi saluran TV Bahasa Inggeris terbitan RTM dari era 1970-an hingga 1990-an.
Beliau juga dikenali sebagai hos program Bakat TV pada era 1970-an dan menjadi antara penyampai berita wanita pertama stesen penyiaran milik kerajaan itu. Selepas meninggalkan RTM pada 1990, Constance menyertai Radio Redifussion selama dua tahun dalam bahagian perhubungan awam. Constance juga pernah menemubual Gloria Estefan, Dionne Warwick, Jose Feliciano, Bjorn Borg, Bee Gees dan Omar Sharif.
Dalam temubual yang diterbitkan dalam The Star pada tahun 2011, Constance dipetik sebagai berkata: "Bidang penyiaran pada zaman itu menarik. Saya sentiasa melihat radio lebih mencabar daripada TV kerana saya boleh meluahkan suara saya".
Kehidupan peribadi
Selepas bersara, Constance dan suaminya Erwin Behr berhijrah ke Singapura sebelum menetap di Perancis pada 2000 sehingga akhir hayatnya.
Kematian
Constance meniggal dunia pada 3 Oktober 2022 pada usia 77 tahun di Versailles, Perancis. Menurut maklumat diperoleh daripada Persatuan Veteran RTM (PVRTM), beliau mengalami keadaan dikenali sebagai aneurisme yang menyebabkan secara klinikal. Beliau meninggalkan seorang anak lelaki dan cucu perempuan.