Chan Siang Sun
Quick Facts
Biography
Chan Siang Sun merupakan ahli politik Perikatan/ MCA di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Bentong, negeri Pahang (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.
Selepas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978, Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn melantik beliau menjadi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Lihat juga
- Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 1978