Bujang Ulis
Quick Facts
Biography
Datuk Bujang Ulis atau 'Bujang Hadziri Ulis' (66 tahun) merupakan ahli politik Barisan Nasional di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Parlimen Simunjan, negeri Sarawak. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.
Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Hussein Onn dan Timbalan Perdana Menteri ialah Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Bujang Ulis dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama (1980-1983) dan Timbalan Menteri Pelajaran (1984-1986).
Beliau pernah menjadi Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 1983.
Keluarga
Isterinya Datin Maimunah Sebli, 58, dan mereka dikurniakan 9 anak perempuan termasuk dua yang sudah meninggal dunia.
Meninggal dunia
Pada 3 Februari 2014,meninggal dunia di kediamannya di Kampung Semariang Jaya, Petra Jaya, Sarawak. Anak sulungnya, Siti Azimah, 36 memaklumkan arwah bapanya sempat menonton televisyen di dalam bilik sebelum rebah di pangkuan ibunya. Setengah jam kemudian ambulans tiba dan mengesahkan ayah sudah tiada. Ayahnya tidak menghidap sebarang penyakit. Jenazah bapanya dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Semariang.
Antara yang sempat melawat jenazah ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Ahmad Urai Abang Muhideen dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jamil Johari.Selain itu Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Datuk Naroden Majais; Menteri Muda Pembangunan Belia dan Perumahan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang, Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Lihat juga
- Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 1978