Bella Dowanna
Quick Facts
Biography
Qystinna Istajibilla "Bella" Dowanna Halim (lahir 17 Mei 2003) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak, beliau terkenal dengan watak lakonannya di televisyen termasuk Miss Kapten Cikgu Waiz, Asalkan Dia Bahagia dan Budak Tebing. Filem sulung lakonannya, M4M4 dikeluarkan pada 2020.
Kerjaya
Bella Dowanna memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak pada usia enam tahun dan pernah membintangi beberapa iklan televisyen. Bella mendapat tawaran berlakon pada 2012 menerusi telefilem Begitulah Sayang arahan Ahmad Idham di mana beliau berlakon sebagai anak kepada Zamarul Hisham dan Norish Karman.
Pada usia remaja, beliau mendapat tawaran berlakon di drama televisyen. Antara drama lakonannya termasuk Sebenarnya, Saya Isteri Dia! (2013), Miss Kapten Cikgu Waiz (2017) dan Cemburu Seorang Perempuan (2019). Bella mendapat peranan lakonan di layar lebar menerusi filem seram arahan Eyra Rahman, M4M4 yang mana beliau memegang watak sebagai Alya.
Beliau memegang watak sebagai Laura dalam drama Budak Tebing yang bersiaran di Slot Lestary TV3. Selepas Budak Tebing beliau berlakon dalam drama Bila Cupid Jatuh Cinta dengan melakonkan watak sebagai Tina.
Bella juga pernah mengacara rancangan Chikiboom (RTM) sejak 2013 selama 5 musim.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2015 | Abang Lejen | Intan kecil | Filem pertama |
2019 | Bu, Kasih Suci | Sara | |
2020 | M4M4 | Alya | |
2021 | Dendam Penunggu | Bainun |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Sebenarnya, Saya Isteri Dia! | Syafa Aqira kecil | TV3 | Drama pertama |
2014 | Bila Chacha Masuk Asrama | Tintin | ||
2015 | Delina | Amni | ||
Waris Kasih | ||||
2017 | Miss Kapten Cikgu Waiz | Wahida | ||
2019 | Asalkan Dia Bahagia | Nina | ||
Rumah Siti Khadijah | Chika | Episod: "Pil Khayal" | ||
Iktibar | Episod: "Mesej Dari Penjara" | |||
Curi-Curi Cinta | Along | Astro Ria | ||
Cemburu Seorang Perempuan | Kila | |||
2020 | Titian Takdir | Mimi | TV3 | |
Budak Tebing | Laura | |||
Bila Cupid Jatuh Cinta | Tina | |||
Biar Mereka Cemburu | Nabila | Astro Ria | ||
2021 | Budak Tebing 2 | Laura | TV3 | |
Hatimu Sedingin Salju | Syena | |||
Hawa | Raudah | Astro Ria | ||
Budak Intern | Bainun Soleha | TV9 | ||
Cheritera | Puteri Bella | |||
2022 | IMperfect | Liza Sulaiman | Astro Ria | |
2023 | Lagenda Puteri Qaseh | Laila | Astro Ceria | |
Kami Budak Band | Qaseh | TV3 | ||
Adnan Runner | Nadia | |||
Nak Dengar Cerita Hantu? | DEGUP | |||
2023–2024 | The Cadets | Liz | Astro Ceria | |
2024 | Gadis Masa | Suzana | Viu | |
Legenda Puteri Qaseh 2 | Laila | Astro Ceria |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012 | Begitulah Sayang | TV3 | |
2015 | Dosa Terlindung | ||
2016 | Mati Tunggu Sekejap | Sofea | Astro Oasis |
2017 | Menyusur Erti Rindu | ||
20 Sen | |||
Dosa Terlindung | Eisya | TV3 | |
2018 | Dilema | Ruby | NTV7 |
2021 | Miss Shopaholic | TV1 | |
2022 | Tilam Kekabu Kampung Berserah | Nor Hadiah / Teh Cempaka | |
Isyarat Cinta Alya | Alya | ||
2023 | Bawang Putih Bawang Holland | Aya | Astro Warna |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |