Baizura Kahar
Quick Facts
Biography
Nurbaizura Ahmad Kahar atau lebih dikenali sebagai Baizura Kahar merupakan seorang pelakon Malaysia. Baizura dilahirkan pada 8 Februari 1982.
Beliau berminat untuk menjadi penulis, dan mempunyai Ijazah dalam Kajian Media dan Komunikasi juga Ijazah dalam Seni Persembahan di Universiti Malaya.
Bermula sebagai pelakon iklan, kemudian model majalah, dan akhirnya dilamar pengarah Kabir Bhatiake dalam bidang lakonan.
Bakat Baizura sebagai aktres disifatkan agak luar biasa kerana kemampuannya menjiwai watak dengan baik. Baizura diiktiraf sebagai Aktres Terbaik menerusi watak gadis yang mempunyai masalah psikologi setelah kematian teman lelaki dalam filem Sepi sekaligus menewaskan nama-nama besar seperti Erra Fazira, Maya Karin & Vanidah Imran di Anugerah Skrin 2008.
Persaraan
Namun pada 2008, Baizura mengumumkan persaraan daripada bidang lakonan. Hayat beliau dalam industri sejak 2006 hingga 2008 namun berjaya memukau peminat filem dengan bakat besarnya.
Lakonan
Biarpun hanya aktif di dalam industri perfileman selama 3 tahun, namun Baizura disifatkan sebagai antara aktres muda berbakat besar namun sayang bakat itu tidak dapat dipanjangkan lagi pada tahun-tahun akan datang.
Filem
Film | |||
---|---|---|---|
Tahun | Filem & Pengarah | Peranan | Nota |
2006 | Cinta
| Lana
| |
2008 | Dunia Baru The Movie
| Erika
| |
Sepi
| Imaan
|
| |
Susuk
| Nora |
Drama
Drama bersiri
- Dunia Baru Musim kedua (2006-2007)
- Cinta Medik (2007)
- Dunia Baru Musim ketiga (2007-2008)
Telefilem
- Kalis Cinta (2007)
Pautan luar
- Baizura Kahar di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)