Azhar Salleh
Quick Facts
Biography
Azhar Salleh merupakan salah seorang penulis di Malaysia yang berasal dari negeri Johor.
Azhar Salleh dilahirkan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 3 November 1972. Beliau mendapat pendidikan perguruan di Institiut Perguruan Darul Aman, Kedah dalam jurusan pengajian Melayu. Beliau sekarang bertugas sebagai pendidik di SK Taman Johor Jaya 3, Johor Bahru. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai Munsyi Dewan DBP.
Beliau banyak menulis makalah berkenaan dengan bahasa, khususnya yang berkaitan dengan tatabahasa bagi akhbar dan majalah seperti Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Mingguan Wanita dan Jendela Selatan. Beliau turut terbabit dengan aktiviti bahasa seperti perkampungan Penulis Muda Negeri Johor dan Melaka sebagai pembimbing puisi. Puisinya turut dimuatkan dalam antologi puisi ‘Daksina’ terbitan DBP Wilayah Selatan. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Ikatan Penulis Guru Johor. Blog beliau boleh dilayari menerusi laman http://witra.blogspot.com/