Awang Tengah Ali Hassan
Quick Facts
Biography
Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan (lahir 2 Disember 1955) ialah seorang ahli politik di negeri Sarawak. Beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang terkini. Beliau juga merupakan ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bukit Sari selepas menang tanpa bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak tahun 2016.
Jawatan
Awang Tengah pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengurusan di Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak.
Beliau kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak untuk mengisi kekosongan selepas bekas Timbalan Ketua Menteri, Abang Johari Tun Openg dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak, Menteri Perindustrian dan Pembangunan Usahawan dan Menteri Kedua Pembangunan Bandar dan Sumber Asli.
Lihat juga
- Kabinet Negeri Sarawak