peoplepill id: awang-had-salleh
AHS
1 views today
4 views this week
The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh (24 Jun 1934 – 1 Julai 2013)ialah ahli akademik dan sasterawan Malaysia. Kerjaya akademiknya memuncak dengan pelantikannya sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia sebelum persaraannya. Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk banyak buku, risalah, dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya. Tahun 1966 merupakan tahun yang cukup penting dalam penulisannya apabila dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan. Dramanya, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan pada tahun 1975.

Beliau ialah bapa kepada bekas penyampai berita ntv7, Norazlina Awang Had.

Biografi ringkas

Dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang, Awang menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pulau Betung, sebuah sekolah rendah di tempat asalnya. Pendidikannya kemudian tergendala, akibat Perang Dunia II. Walaupun demikian, beliau memperoleh keputusan peperiksaan Darjah 6 yang terbaik di seluruh negeri Kedah pada tahun 1949, lalu menyertai Sekolah Melayu Seberang Perak. Pada 1951, Awang menyambung pendidikannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak seterusnya sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahagian Atas) daripada Universiti Malaya pada 1964, diselang seberapa tahun sebagai guru Bahasa Kebangsaan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star lalu sebagai Penolong Pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC) yang juga di Alor Star. Pada sesi akademik 1963/1964, beliau turut bergerak aktif sebagai Yang Dipertua Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM).

Pada 1964, Awang menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur lalu menjadi Penolong Pensyarah/Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada 1974. Selain itu, beliau juga menerbitkan novel sulungnya, Biru Warna, pada 1966. Ringkasan penerbit novel itu berbunyi sebahagiannya seperti yang berikut: "Keindahan rasa selalunya bermain dalam cahaya biru. Dan di tangan seorang seniman, cahaya itu digarapnya menjadi nada untuk muzik, menjadi bahasa untuk sastera, dan menjadi garis untuk lukisan. Dan Awang Had Salleh bukan saja mencipta "Biru Warna", sebuah novel, tetapi juga lukisan dan lagu dengan nama yang sama." Seorang yang berkecenderungan akademik, Awang kemudian memperoleh ijazah-ijazah yang lain sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang Pendidikan dan Sosiologi daripada Stanford University, California pada tahun 1969 serta juga dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan daripada Lancaster University, United Kingdom (lihat bahagian kronologi untuk perincian).

Pada 1975, Awang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya dan kemudian menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia lalu menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia. Sejak 1996, beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kronologi

  • 1934: Dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang
  • 1949 (umur 15): Mencapai keputusan peperiksaan Darjah 6 yang terbaik di seluruh negeri Kedah
  • 1950 (umur 16): Menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Gunung, Kedah dan kemudiannya, guru di Sekolah Melayu Derga, Kedah.
  • 1951-1954 (umur 17-20): Menyertai Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
  • 1954-1957 (umur 20-23): Menyertai Maktab Bahasa Bukit Senyum, Johor Bahru
  • 1957-1959 (umur 23-25): Menjadi guru Bahasa Kebangsaan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah
  • 1959-1961 (umur 25-27): Menjadi Penolong Pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC), Alor Star, Kedah
  • 1961-1964 (umur 27-30): Menyertai Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahagian Atas)
  • 1964-1974 (umur 30-40): Menjadi pensyarah Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
  • 1966 (umur 32): Dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan
    • 1967 (umur 33): Memperolehi ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya
    • 1969 (umur 35): Memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang Pendidikan dan Sosiologi dari Stanford University, California serta dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan dari Lancaster University, United Kingdom
  • 1974-1975 (umur 40-41): Menjadi Penolong Pensyarah/Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya
  • 1975 (umur 41): Drama, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan. Awang juga dikurniakan pingat dan darjah kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.).
  • 1975-1978 (umur 41-44): Menjadi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya
  • 1978 (umur 44): Dikurniakan Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.)
  • 1978-1980 (umur 44-46): Menjadi Pengarah Institut Teknologi Mara (sekarang Universiti Institut Teknologi Mara) (UiTM)
  • 1980-1984 (umur 46-50): Menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia
    • 1982 (umur 48): Dikurniakan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri
    • 1983 (umur 49): Dikurniakan Fellow Kehormat oleh Association of Business Executives (UK)
  • 1990-1992 (umur 56-58): Menjadi Ketua Eksekutif/Perunding Akademi Filem Malaysia
  • 1996-2013 (umur 62-akhir hayat): Menjadi Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Jawatan-jawatan lain yang disandang

  • Penasihat Khas Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan
  • Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO
  • Pengerusi Lembaga Tadbir Institut Teknologi Kreatif Limkokwing
  • Penasihat Kehormat Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN)
  • Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Pengerusi Penasihat Akademik Informatics Malaysia
  • Pengerusi Entertainment Village (M) Sdn. Bhd.(E-Village)

Anugerah

  • Pingat dan darjah kebesaran daripada Dato' Bentara Zuhdi Johan Mangku Negara (J.M.N.) (1975)
  • Pingat dan darjah kebesaran Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) (1978)
  • Pingat dan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) (1982) yang membawa gelaran Tan Sri
  • Fellow Kehormat oleh Association of Business Executives (UK) (1983)
  • Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang daripada Brock University
  • Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Profesor Emeritus daripada Universiti Utara Malaysia; dan
  • Distinguished Fellow of ISIS Malaysia.

Hasil penulisan

Antara buku tulisan beliau dan berkaitan beliau:

  1. Universiti sebagai taman minda : Universiti Kebangsaan Malaysia , 1998.
  2. Merah, kuning, biru : Federal Publications, 1998.
  3. Awang Had Salleh : tokoh pendidikan negara / Haris Fadillah.:Pustaka Bakti Wira , 1996.
  4. Warna-warna pengalaman seorang guru : Utusan Publications & Distributors, 1993.
  5. Budi / diselenggarakan oleh Awang Had Salleh. :Marwilis Publisher & Distributors, 1990.
  6. Laporan jawatankuasa mengkaji pengunaan bahasa Malaysia. :Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982.
  7. Pendidikan ke arah perpaduan : sebuah perspektif sejarah / [Suntingan] Awang Had Salleh. :Fajar Bakti, 1980.
  8. Karangan, fahaman dan analisa. : Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1980.
  9. Pendidikan dan pentadbiran sekolah rendah : kumpulan kertaskerja KONPEN iii / Awang Had Salleh ; disunting oleh M. Noor Azam.:Sarjana Enterprise, 1980.
  10. Buat menyapu si air mata : DBP, 1980.
  11. Bahasa Malaysia pendekatan baru / oleh Awang Had Salleh, Haji Mokhtar Mohd. Dom & Haji Abdul Razak Hamid. :Fajar Bakti, 1978.
  12. Bimbingan bahasa Malaysia yang berkesan / Awang Had Salleh & Abdul Samat Salleh. :Fajar Bakti, 1975.
  13. Pelajaran dan perguruan Melayu di Malaya zaman British : DBP, 1974.
  14. Teman pelajar bahasa Malaysia.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Awang Had Salleh is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Awang Had Salleh
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes