peoplepill id: ar-tompel
AT
Malaysia Indonesia
1 views today
1 views this week
A.R. Tompel
Actor, writer and director

A.R. Tompel

The basics

Quick Facts

Intro
Actor, writer and director
Gender
Male
Religion(s):
Place of birth
Tanjungbalai, North Sumatra, Indonesia
Place of death
Kuala Lumpur, Malaysia
Age
54 years
Family
The details (from wikipedia)

Biography

Aman Ramli Bin Jaafar atau lebih dikenali sebagai A R Tompel merupakan seorang pelakon filem Melayu bersama dengan P. Ramlee dan Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi.

Aman Ramli Jaafar dilahirkan pada 24 Oktober tahun 1918 di Tanjung Balai, Asahan, Indonesia. Sebelum menyertai bidang lakonan, Aman Ramli sudah pun bergiat aktif dalam kumpulan bangsawan.

Jejak beliau kini diteruskan oleh 6 anaknya, Armaya Aman Ramli (A. R. Badul), Adlin Aman Ramli, Amran Aman Ramli (Amran Tompel), Armali Aman Ramli, Azlan Aman Ramli dan Anuar Aman Ramli. Beliau juga mempunyai 9 anak perempuan dan seorang anak lelaki bersama Azizah Ismail.

Filemografi

Sebagai pengarah

TahunTajukCatatan
1950Sesal Tak SudahFilem arahan pertama
1951Perkahwinan RahsiaJuga sebagai dibantu pengarah dan lakon layar
1952Norma
1953SeniwatiPengarah Bersama Chow Wing Kok
19---Cinta Murni
19---Sehati Serasa
1961Abu NawasFilem arahan terakhir

Sebagai pelakon

TahunTajukWatakCatatan
1949NilamPembesar Istana
1950AlohaMoku
Rachun DuniaKarman
Dewi Murni
Sesal Tak Sudah
1951Bapa Saya
Pulau Mutiara
1952Norma
1960Tun Tijah
1961Abu Nawas
1962Keris Sempena RiauPembesar Istana
Selendang Merah
1966Do Re MiRe (Amore)
Nasib Do Re MiRe
1967Keluarga 69Orang Kaya Bakar
1968Anak BapakDato' Mahfiz
GerimisSood
Ahmad AlbabMas'hub Al-Buaya
1972Laksamana Do Re MiRe

Drama

TahunTajukWatakSaluran TV
1970IntanTV1

Kontroversi

Telefilem biopik bertajuk Saloma yang ditayangkan pada 28 Ogos 2014 di Astro First telah mengundang bantahan dari seluruh ahli keluarga Allahyarham kerana telefilem itu memperlihatkan sisi negatif pelakon popular zaman kegemilangan filem P. Ramlee itu. Dalam cerita itu, watak AR Tompel, yang dilakonkan Azhan Rani, digambarkan sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab ketika dia mengahwini Saloma, lakonan Nabila Huda. Sehubungan itu, satu sidang media diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan waris Tompel yang terdiri daripada Amran Tompel, pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramli, A.R. Badul, Ruminah Sidek, bekas isteri Tompel, Zaiton Ismail serta 30 waris yang lain menuntut Astro menghentikan tayangan telefilem berkenaan dan mendakwa gambaran mengenai watak Tompel dalam cerita itu adalah tidak tepat. Menurut salah seorang anak Allahyarham, Adlin, setakat ini mereka telah menuntut pihak Astro selaku penyiar supaya menarik balik tayangan telefilem berkenaan namun tiada sebarang maklumbalas dari syarikat berkenaan. Beliau melahirkan perasaan kesal apabila kisah bapanya, A.R. Tompel, yang dipaparkan dalam telefilem itu berunsur tohmahan dan banyak kesalahan fakta sehingga menjejaskan tanggapan masyarakat seolah-olah bapanya itu adalah punca Saloma menderita. Adlin berkata demikian, mengenai telefilem terbitan syarikat produksi Kus Semangat Aktor milik Melissa Saila yang dipercayai memberi impak buruk kepada mereka.

Tambahan beliau, telefilemitu bukan sahaja mengaibkan serta menjejaskan kredibiliti dan reputasi bapanya, malah waris Tompel juga turut terpaksa berdepan dengan pelbagai tanggapan dan persepsi buruk daripada kalangan masyarakat kesan daripada penayangan telefilem tersebut. Tambah Adlin lagi, bapanya juga telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis sehingga mengaib dan menjejaskan kredibiliti dan reputasinya. Berikutan itu, Adlin telah mengambil tindakan menerusi peguamnya Azam & Co. dengan menghantar notis kepada Astro untuk segera menghentikan tayangan telefilem itu. Sebagai pelakon yang membawa watak sebagai Tompel dalam telefilem tersebut, nama Azhan Rani yang memegang watak Allahyarham juga turut tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada kontroversi yang tercetus. Sementara itu, peguam yang mewakili waris Tompel, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu, notis tuntutan telah dihantar kepada Astro pada 26 September 2014 lalu.

Pelakon veteran Ruminah Sidek mengakui bekas suaminya, A.R. Tompel merupakan seorang lelaki yang sering menjadi perhatian dan digilai ramai wanita. Bagaimanapun Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, berkata, watak gatal Tompel yang dipaparkan dalam telefilem itu langsung tidak menggambarkan identiti sebenar bekas suaminya itu. Dalam pada itu, Ruminah berkata, terdapat beberapa babak menunjukkan Tompel begitu agresif dalam percubaan cuba memikat Saloma dan seorang wanita lain namun hakikatnya, seniman itu bukanlah seorang yang berani bertindak segera dalam memikat wanita. Sementara itu, Amran berkata, dia berasakan semua itu tidak patut ditayangkan kepada orang ramai kerana boleh menyebabkan maruahnya sebagai anak Tompel terjejas termasuklah waris lain. Badul pula berkata, segala perlakuan bapanya yang divisualkan dalam telefilem itu adalah watak dalam filem lakonannya.

Kematian

Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 30 Januari 1973, apabila beliau terlibat dalam satu kemalangan Jalan Raya di Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia.

Rujukan

Pautan luar

  • A.R Tompel di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
A.R. Tompel is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
A.R. Tompel
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes