Andrew Janggi Muyang
Quick Facts
Biography
Tuan Andrew Janggi anak Muyang (23 Disember 1947 – 9 Februari 1987) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Sarawak. Beliau merupakan Ahli Parlimen Malaysia untuk kerusi P203 Lubok Antu, Sarawak daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).
Kehidupan
Andrew Janggi anak Muyang dilahirkan pada 23 Disember 1947 di Engkilili, Sarawak dan merupakan abang kepada Jugah Muyang yang juga merupakan Ahli Parlimen Lubok Antu sejak tahun 2018.
Beliau bersekolah rendah dan menengah di Sarawak lalu lulus peperiksaan Senior Cambridge. Beliau kemudiannya menamatkan pengajian di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Beliau berkahwin dengan Julia Umping serta mempunyai tiga orang anak.
Kerjaya
Beliau merupakan ahli Parti Kebangsaan Sarawak.
Pada tahun 1982, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-6 (PRU-82) bagi kerusi Parlimen Lubok Antu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebagai calon tunggal lalu menang tanpa bertanding. Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-7 (PRU-86) bagi mempertahankan kerusi di Lubok Antu melawan Dawi Drahman yang merupakan calon bebas. Beliau menang dengan undian sebanyak 5,195 dengan majoriti 1,034 daripada 9,539 orang pengundi.
Beliau meninggal dunia dalam jawatan pada 9 Februari 1987 di Hospital Besar Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia.