Amir Khusyairi bin Mohamad Tanusi
Quick Facts
Biography
Amir Khusyairi bin Mohamad Tanusi (lahir 1982) ialah seorang peguam dan ahli politik Malaysia. Beliau mewakili Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) di Pilihan raya kecil Slim 2020 namun bertanding sebagai calon bebas. Pada PRU15 kali ini beliau pulang ke kampung kelahirannya Teluk Intan dan menawarkan diri untuk berbakti sebagai Ahli Parlimen di sana.
Kehidupan
Peribadi
Amir Khusyairi dilahirkan di Perak pada tahun 1982 serta merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Bapanya, Allahyarham Hj Mohamad Tanusi bin Maulut, ialah seorang bekas naib kadi Teluk Intan manakala ibunya pula, Hajah Jariah binti Mohd Yunus, ialah seorang pesara guru agama.
Beliau berkahwin dengan Nur Aainaa binti Othman iaitu seorang doktor pakar radiologi di Hospital Teluk Intan dan doktor pakar jemputan di hospital Slim River. Beliau mempunyai lima orang anak.
Beliau fasih dalam tiga bahasa yang mana antaranya ialah bahasa Arab.
Pendidikan
Amir Khusyairi bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Perak. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) sebagai graduan undang-undang dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Dia turut mengambil program pasca siswazah dalam bidang Diploma Syariah Lanjutan Amalan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kerjaya
Beliau merupakan seorang peguam syarie dan peguam bela sejak tahun 2007. Beliau merupakan pengasas sebuah firma guaman iaitu Amir Khusyairi & Associates (AKA) yang mempunyai dua buah pejabat di Perak dan Selangor.
Pada malam Khamis 12 Ogos 2020, beliau diumumkan sebagai calon Parti Pejuang Tanah Air di Pilihan raya kecil Slim 2020 namun akan bertanding sebagai calon bebas kerana parti tersebut belum berdaftar.