Aman Graseka
Quick Facts
Biography
Aman Graseka (dilahirkan pada 28 Februari 1968) ialah seorang pelakon filem dan drama televisyen Malaysia.
Beliau yang memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1991 pernah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 1999 dan menerusi watak penulis novel dalam filem tersebut melayakkan beliau bertanding dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-12 .
Aman memulakan karier dengan memegang watak-watak kecil dan lagak ngeri sebelum diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem Cinta Kita pada tahun 1995 bergandingan dengan aktres popular Sofia Jane. . Sejak itu nama beliau popular sebagai pelakon lelaki yang berbakat.
Pada tahun 1999, beliau menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya sebagai trangender dalam telefilem Amy Anuar di Anugerah Seri Angkasa.
Kehidupan peribadi
Pada tahun 1997 beliau melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi dangdut Mas Idayu secara rahsia. Perkahwinan yang bertahan selama 10 tahun itu dirahsiakan daripada media dan peminat biarpun ramai yang bertanya. Mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang bernama Nur Dayini Asyiqah.
Pada tahun 2018, Aman telah bernikah dengan pelakon dan juga seorang model Reena Areena setelah 10 tahun menduda. Pasangan ini telah diijabkabulkan dalam majlis ringkas di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah. Pasangan ini berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production di Perlis, tahun 2017 dan mempunyai perbezaan usia 22 tahun . Selain itu, pasangan ini juga dijangka menimang cahaya mata pertama mereka.
Filemografi
Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan |
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1995 | Cinta Kita | Arman | |
1998 | Penyair Malam | Farid | |
2014 | Abang Long Fadil | Pailang | |
2015 | Kapsul | Malik | |
2017 | Hijabsta Ballet | Shakiri | |
2019 | Kron | Pos-produksi | |
Sangkar | Pos-produksi |
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Arjuna | Satria Aduka | TV3 | |
2015 | Munajat Cinta Ayahanda | |||
2016 | 7 Hari Mencintaiku | Pak Samad | TV3 | |
2017 | Kekasih Paksa Rela | Kamal | ||
Kerana Anisa | Long Yahya | |||
2018 | Papa Nak Menantu | Pak Saad | ||
Cik Sempurna | Papa | |||
Budak Boys | ||||
Yes Sir Nak Pergi Mana | Tuan Syed | Hypp Sensasi | ||
Seribu Rindu | Husin | TV3 | ||
2019 | Cikgu, Papa Kirim Salam | Rahman |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1991 | Mahligai Impian | |||
1999 | Amy Anuar | |||
2017 | Kayuhan Kasih Ayah | Yatim | TV3 | |
2018 | Tulus Cinta | |||
Selirat | Dharma | |||
2019 | Telapak Waktu | Pak Jamil |
Anugerah dan Pencapaian
- Pelakon Lelaki Terbaik (TV) - Drama "Amy Anuar" - Anugerah Sri Angkasa 1999
- (pencalonan) Pelakon Lelaki Terbaik - Filem "Cinta Kita" - Festival Filem Malaysia ke-12
Rujukan
Pautan Luar
- Aman Graseka di Instagram