Akram Ikrami Taib Azamudden
Quick Facts
Biography
Akram Ikrami bin Taib Azamudden ialah seorang pendakwah Islam di Malaysia. Beliau pernah menyertai rancangan televisyen islamik, Pencetus Ummah pada 2016 dan memperoleh tempat ketiga. Ketika bergelar mahasiswa, beliau pernah dilantik sebagai Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia.
Latar belakang
Akram Ikrami dilahirkan pada 1989. Beliau merupakan anak kepada bekas Imam Masjid Negara, Datuk Taib Azamudden Md Taib. Selepas berakhirnya program Pencetus Ummah, beliau bergerak sendiri dengan meneruskan aktiviti dakwah dan motivasi. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sejak 2017 sebagai Pengarah Jabatan Pembangunan Remaja Beliau sekali lagi dipilih sebagai AJK DPPM bagi sesi 2019–2019 sebagai Setiausaha. Bagi sesi 2021–2023, beliau sekali lagi dilantik sebagai AJK DPPM dan menggalas tugas Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah.