peoplepill id: akbar-ali-3
AA
1 views today
1 views this week
The basics

Quick Facts

Gender
Male
Religion(s):
Birth
Age
70 years
The details (from wikipedia)

Biography

Datuk Akbar Ali (1949–5 April 2019) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan bekas senator Dewan Negara. Beliau juga ialah pakar perunding Majlis Perundingan Melayu (MPM). Sepanjang kerjayanya, beliau aktif dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di peringkat jabatan kerajaan, kampung, daerah, negeri, nasional dan antarabangsa.

Pendidikan

Beliau merupakan lulusan Universiti Malaya dan Sarjana Sains dari London School of Economics (LSE).

Kerjaya

Beliau mula memasuki Perkhidmatan Awam pada 1973 sebagai Perangkawan di bawah Skim Perkhidmatan Perangkawan sehingga beliau bersara sebagai Timbalan Ketua Perangkawan pada 2005. Bliau dipilih mewakili negara dalam pelbagai persidangan, perundingan dan kumpulan pakar yang merangkumi ekonomi, perdagangan antarabangsa, pertanian, alam sekitar dan pembangunan modal insan.

Antara badan antarabangsa yang beliau turut terlibat adalah UN Economic and Social Commission for Asia-Pacific (ESCAP), UN Asia-Pacific Commission on Agricultural Statistics (APCAS), Bank Pembangunan Asia (ADB), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan Institut Perangkaan Asia-Pasifik (SIAP).

Beliau kemudian dibawa ke Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERU), Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Institut SEDAR di bawah KEMAS dan seterusnya ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada 2001. Akbar seterusnya diberi kepercayaan untuk melaksanakan pelbagai tugas di Melaka termasuk Ketua Pegawai Eksekutif IMM, Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Pengarah Eksekutif MTEN, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Pengurus MAIM Travel, Ketua Pengarang MHI dan Setiausaha Akhbar.

Akbar merupakan satu-satunya veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) yang dilantik Senator pada 2009. Keprihatinan beliau kepada perjuangan, nasib dan masa depan orang Melayu dan bumiputera sering menjadi perhatian terutama kalangan orang politik. Pada akhir 2018, beliau melahirkan kebimbangan terhadap langkah dicadangkan dalam Belanjawan 2019 yang dianggapnya tidak menangani secara khusus isu-isu menangani jurang kekayaan antara kumpulan, sekali gus melebarkan jurang.

Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia di Hospital Melaka pada 5 April 2019 selepas diserang angin ahmar. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.05 pagi di sisi isterinya, Datin Kalsom Aziz, serta beberapa ahli keluarga lain. Jenazah Akbar dibawa ke kampung halamannya di Kampung Tedong, Serkam, untuk disembahyangkan di Masjid Jamek Tedong sebelum dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Tedong, kira-kira jam 3.30 petang. Menurut anak kedua beliau, Syamsul Azly, bapanya menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka setelah dimasukkan ke hospital itu pada 3 April.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Akbar Ali is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Akbar Ali
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes