peoplepill id: aisyah-aziz
AA
Singapore
2 views today
5 views this week
Aisyah Aziz
Singaporean singer

Aisyah Aziz

The basics

Quick Facts

Intro
Singaporean singer
Places
Work field
Gender
Female
Place of birth
Singapore
Age
30 years
The details (from wikipedia)

Biography

Nur Aishah Binti Aziz (dilahirkan pada 21 Mei 1994) atau lebih dikenali sebagai Aisyah Aziz (Jawi : عايشه عزيز ) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia, kelahiran Singapura.

Beliau mula menceburi industri seni suara setelah bergelar Tempat keenam Akademi Fantasia Musim 10 pada tahun 2013. Lagu debut nyanyiannya berjudul "Mimpi" berjaya menimpa nama beliau di industri tanah air. Dan beliau juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Kehidupan awal

Aisyah merupakan rakyat warganegara Singapura dan dilahirkan pada 21 Mei 1994. Beliau juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang merupakan abang sulung beliau.

Kerjaya

Aisyah mula menyanyi pada usia 5 tahun lagi dan menyertai pelbagai pertandingan sehingga beliau berusia 11 tahun. Pada usia 19 tahun, beliau menyertai program realiti nyanyian popular iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013. Walaupun hanya berjaya memegang tempat keenam. Lagu pertama beliau Mimpi yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Faizal Tahir dan Omar K. berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai di Malaysia mahupun di tanah kelahiran beliau iaitu Singapura serta beliau banyak menyanyikan lagu bergenrekan pop.

Pada tahun 2014, beliau berjaya mendapat empat pencalonan dan memenangi kategori Kolaborasi Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2014.Pada 2015, Aisyah sekali lagi mendapat empat pencalonan menerusi Artis Terbaik Wanita, Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura) dan Kolaborasi Terbaik (Lagu) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2015.

Pada 2016, Aisyah telah mengambil cuti selama sebulan untuk menyertai program realiti di Singapura bertajuk My Squad Is Better Than Yours yang bakal ditayangkan di siaran televisyen Singapura Mediacorp Channel 5.

Disamping itu, Aisyah telah berkolaborasi bersama penyanyi Indonesia Rizky Febian dengan mengeluarkan single terbaru bertajuk "Indah Pada Waktunya". Berdasarkan maklum positif daripada peminat, tajuk lagu ini telah dijadikan drama bersiri pendek lapan episod yang disiarkan menerusi YouTube NET. Talent Management. Drama ini mengisahkan seorang penyanyi Indonesia yang baru meningkat naik yang dilakonkan oleh Rizky Febian bertemu dengan seorang wanita yang berasal dari Singapura yang dilakonkan oleh Aisyah Aziz yang baru ingin memulakan karier nyanyian beliau di Indonesia.

Pada 25 Januari 2019, Aisyah telah kembali dengan video musik untuk lagu terbaru beliau yang bertajuk "Bila Entah" yang dihasilkan oleh Ezra Kong dan Hael Husaini.Lagu ini berkisarkan mengenai seorang wanita yang telah ditinggalkan kekasihnya dan berharap ia akan pulang kembali ke pangkuannya.

Diskografi

Single

TahunTajukAlbumNota
2014"Mimpi"AF2013
2015"Pilihan Sejati"
2016"Cahaya Aidilfitri"#Rayakustik
"Pulanglah" (ft. Ayda Jebat)
"Tanda Tanya"
2017"Senyum Saja" (ft. Haikal Ali)
2018"Indah Pada Waktunya" (ft. Rizky Febian)
2019"Bila Entah"

Videografi

Video Muzik

TahunTajukArtis lainPengarahRuj.
2014"Mimpi"?
2015"Pilihan Sejati"?
2016"Cahaya Aidilfitri"theMalaya Productions
"Pulanglah"Ayda Jebat
"Tanda Tanya"
2018"Indah Pada Waktunya"Rizky FebianAwi Suryadi
2019"Bila Entah"Nadirah Zakariya

Filemografi

Drama

TahunTajukSebagaiSaluranCatatan
2018Indah Pada Waktunya The SeriesAisyahNET. Talent Management (youtube)drama bersiri pendek di Youtube.

Televisyen

TahunTajukSebagaiSaluran TVCatatan
2013Diari Akademi Fantasia 2013,PesertaAstro RiaEp. 1 - 50
Diari Fantasia,Astro RiaEp. Istimewa Aman
2016My Squad Is Better Than YoursMediacorp Channel 5program realiti Singapura.
2019hlive!Artis JemputanAstro Ria & Astro Ria HD
Muzik - Muzik 34TV325 Februari
Pop! Expressntv78 Mac

Anugerah & Pencapaian

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2013Akademi Fantasia Musim 10Tempat keenam
2014Anugerah Planet Muzik (APM)Artis Baru Terbaik (Wanita)Dicalonkan
Kolaborasi Terbaik (Lagu)Menang
Artis Paling Popular (Singapura)Dicalonkan
Lagu Terbaik APMDicalonkan
2015Artis Terbaik WanitaDicalonkan
Artis Paling Popular (Singapura)Dicalonkan
Lagu Paling Popular (Singapura)Dicalonkan
Kolaborasi Terbaik (Lagu)Dicalonkan
2017Anugerah Planet Muzik (APM)Lagu Terbaik APMMenang
Lagu Terbaik (Singapore)Menang

Rujukan

Pautan Luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Menu Aisyah Aziz

Basics

Introduction

Kehidupan awal

Kerjaya

Diskografi

Videografi

Filemografi

Anugerah & Pencapaian

Rujukan

Pautan Luar

Lists

Also Viewed

Lists
Aisyah Aziz is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Aisyah Aziz
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes