Ahmad Shahir Daud
Quick Facts
Biography
Datuk Ahmad Shahir Daud (73) adalah bekas Imam Besar Masjid Negara
Keluarga
Isterinya Datin Naimah Mohd Nawi, 60. Rumahnya di Lorong Merican, Jalan Telipot, Kota Baharu,Kelantan. Ayahnya Tuan Guru Haji Daud Mohd Amin. Allahyarham meninggalkan tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan serta tujuh cucu.
Kerjaya
Beliau pernah mengajar agama di surau di kampung kelahirannya di Kampung Selingsing , Kota Baharu, Kelantan.
Beliau pernah menjadi Pegawai Agama Istana Negara, berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara dari 1975 hingga 1980 dan dari 1984 hingga 1992. Allahyarham adalah juga bekas pegawai kanan Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri).
Selepas pencen bertugas sebagai pendakwah bebas. Ahmad Shahir merupakan pendakwah yang dedikasi, kerana walaupun dalam keadaan uzur beliau sanggup menyampaikan ceramahnya dan semasa hayatnya arwah sering diundang menyampaikan ceramah di Radio Televisyen Malaysia (RTM) cawangan Kota Baharu.
Meninggal dunia
Beliau meninggal dunia akibat barah usus pada 29 Julai 2009 di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu, Kelantan . Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tok Kenali, Kubang Kerian.