Adam Corrie
Quick Facts
Biography
Adam Corrie Lee (dilahirkan pada 11 November 1968) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.
Dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina dan beragama Islam di Pulau Pinang. Merupakan seorang anak tentera. Beliau mampu berbahasa Kantonis, bahasa Hokkien, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan baik sekali. Seorang pereka tari profesional (koreografer) dan pelakon di Malaysia yang sudah berada dipersada dunia hiburan lebih 30 tahun dengan lakonan filem sebanyak 31 buah filem. Beliau amat dikenali sebagai pelakon antagonis . Awal penglibatan beliau sebagai penari yang sering muncul di kaca televisyen RTM antaranya rancangan Hiburan Minggu Ini dan Muzik-Muzik. Seorang kolumnis jemputan di surat khabar Metro Ahad setiap hari Ahad selama setahun.
Ringkasan latar belakang
Adam Corrie mula melibatkan diri dengan bidang seni sebagai penari secara serius pada tahun 1980 ketika itu beliau menggunakan nama Frankie Lee sehingga tahun 2000. Sebelum menjadi seorang penari ketika itu, Adam Corrie juga telah banyak memasuki pertandingan menari dan juga menjadi juara dalam pertandingan yang beliau sertai sejak berusia 14 tahun lagi, antaranya;
- Juara – Peter Stuyvesant Dance Competition -1995
- Juara- Big 2 World Dance Championship di Filipina -1999
- dan banyak lagi.
Melalui pengalaman yang telah ditimba beliau mula menjinakkan diri sebagai koreografer profesional pada awal tahun 1990.
Beliau mula mengorak langkah setapak lagi sebagai pelakon melalui filem pertama iaitu 'Spinning Gasing' pada tahun 1999 ( ketika itu beliau masih dikenali sebagai Frankie Lee ) dan hinggalah sekarang beliau masih menjadi koreografer tarian ( jurutari ) dan pelakon.
Beliau juga sekarang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan kecil-kecilan dengan menjual t-shirt di bawah jenama Mr & Mrs Adam Corrie , www.adamcorrie.my .
Balik Fitrah
13 Julai 2007, Secara rasmi beliau telah kembali pada fitrah. Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Buddha.
Beliau giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardhu ain.
Beliau telah mengucap 2 kalimah syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.
Bagaimana boleh peluk Islam?
- Kaabah. - Beliau suka melihat kaabah. Ia membuatkan beliau tenang dan rasa ingin ke sana.
- Bersahabat baik anak ustaz, selalu bawa beliau ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
- Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama beliau kaji.
Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi. Bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah pegangmu.
Selepas 6 tahun kembali kepada fitrah (menganut agama Islam) beliau sekarang sering dijemput berkongsi pengalaman dan motivasi sebagai pendakwah bebas Saudara Baru di Pejabat-pejabat Kerajaan, masjid-masjid, badan NGO serta Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Beliau aktif menghadiri pengajian Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin dan sertai kelas Usrah Fitrah yang ditubuh untuk artis-artis Malaysia yang telah berhijrah atau yang ingin menambahkan ilmu agama dan memperbaiki diri.
Cabaran Adam Corrie sebagai seorang saudara baru ialah beliau pernah dilarang Solat dan beliau pernah ditegur dan dipandang serong kerana menunaikan solat berjemaah bersama isterinya di lokasi pengambaran. Selain itu beliau juga dimanipulasikan gambar dan penampilannya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan agenda politik sehingga menjejaskan imej beliau sebagai artis yang neutral dalam politik.
Kembara Iman Saudara Baru
Kembara Iman Saudara Baru diwujudkan oleh Adam Corrie iaitu satu program khusus untuk saudara baru pergi mengerjakan umrah bagi memantapkan akidah. Program pertama beliau pada 10 June 2015 telah berjaya membawa seramai 23 orang saudara baru dengan mengumpul dana dari orang perseorangan. Manakala Kembara Iman Saudara Baru ke 2 iaitu pada tahun 2016, Adam Corrie telah membawa 40 orang saudara baru dengan jayanya.
Beliau juga telah memegang jawatan dalam organisasi NGO iaitu Pengerusi Kembara Iman Malaysia , Timbalan Pengerusi Usrah Fitrah, dan Timbalan Pengerusi Koperasi Permodalan Muallaf .
Pembabitan dalam industri seni
Filem
- Spinning Gasing
- Paloh (filem)
- Evolusi KL Drift 2
- Jin Notti
- V3 Samseng Jalanan
- Setem (Filem)
- Pontianak Menjerit -2005
- Kala Malam Bulan Mengambang -2008
- Pontianak Harum Sundal Malam
- Gerak Khas The Movie 3
- Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (April 2009)
- My Spy
- City Shark
- Libas
- Misteri Jalan Lama
- KL Gangster
- Second Virgin (film) Filem Jepun
- Gangster Celop
- KL Gangster 2
- Tyickooouns
- Gangster Celop
- Kaki Kitai
- Gila Baby
- KL Cinta
- JB Pailang
- Victory (Tamil Film)
- Cicakman 3
- Darah Panas
- Kapsul
- Paradox Cinta
- Kak Yong
Drama & Telefilem
- Di Luar Bukan Syurga
- Plantun Satria
- Fantasia Cinta Dobi – Episod 26
- Mat Jenin – Drama episode 26
- Gerak Khas
- Roda-roda KL
- Kaizer – Episod 26
- Tuntutan Maut Telemovie
- Katsarin 26 Episod
- Kisah Abang 20 Episod
- Selumbar di hati mama 26 Episod
- Ternimal sayang telemovie
- Kapoww
- Ops Landau
- Seriau – VcD
- Delima Wanita
- Hua Hua Hua
- KL Menjerit 27 Episod
- Siapa Kau
- Roh Kembali
- Pengawal peribadi
- Sembang bawa bimbang
- Ayoup
- Ranjau Kehidupan
- Crossing
- Akinabalu
- Beret Hijau
- Dewa Cintaku
- Metro Skuad - 26 episod Skop Production Sdn Bhd
- Metro Skuad - musim 2
- Beret Hijau - 13 episod
- Beret Hijau - musim ke 2
- Budak Kidal
- Tasbih Muallaf
- Aku Bukan Julaibib
- Cinta dan Wahyu
- Tanah Kubur -Mualaf
- Hafiz Tahfiz
- Untuk Mu Muhammad
- Nasi Ayam Nasi Itik
- Bibir Tanpa Zikir
- Titisan Darah Pahlawan
- Dendam 5 Beradik
- Nafas 360
- Kerana Anggun
- Kerambit 25 episode
- Matahari Terbit Lagi
- Churam
- Kasih Marhanis
- LaLuna
Teater
- Sel 62
- Mahsuri
Komersil
- Palmolive
- Yamaha SS2
- The Crook (iklan membanteras cetak rompak)
- Kementerian Perdagangan - Bentas Jenayah
- GST
- Kopi Badang
Rancangan Dokumentari & Majalah
1. Diari Fakir - Astro Prima
2. Salam Muslim - Astro Oasis
3. Hajat - Astro Prima / Astro Maya HD
4. Jalan Orang Mukmin (JOM) musim ke 3 - TV AlHijrah
5. Romantika - Astro Ria
6. Into Jannah - Astro Oasis
Rancangan realiti & Koreograf
- Muzik-Muzik
- Akademi Fantasia Musim 1 (Audition)
- Akademi Fantasia Musim 2
- Akademi Fantasia Musim 4
- Mentor musim 1
- Filem Muzikal Magika – KRU Motion
- Teater MAHSURI – Istana Budaya
- Mari Menari
- Suara Emas
- Bintang RTM
- FunDance 2013
Nota kaki
Rujukan
Pautan luar
- http://www.sinarharian.com.my/hiburan/adam-corrie-cari-guru-agama-1.172531
- http://www.astroawani.com/videos/show/gala-tv/filem-pertama-adam-corrie-pegang-watak-utama-16738
- http://www.hmetro.com.my/articles/AdamCorriekecewabayarantaksetimpal/Article/
- http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hiburan&file=/2013/8/19/mstar_hiburan/20130816200856
- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sudahbersediamelibas/Article
- http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_07.htm
- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm
- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0929&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2gH5pMLPk