Abu Kassim bin Mohamed
Quick Facts
Biography
Datuk Abu Kassim bin Mohamed (lahir 5 Disember 1960) adalah rakyat Malaysia berketurunan Melayu yang menjadi ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ke-2 mulai 1 Januari 2010 dan mengangkat sumpah di hadapan sebagai ketua pesuruhjaya baru pada 4 Januari 2010.
Latarbelakang
Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Disember 1960.
Pendidikan
Abu Kassim berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Sarjana Sains dalam bidang keadilan jenayah dari Michigan State University, Amerika Syarikat.
Berkhidmat dalam SPRM
Mulai 1 September 1984 beliau dilantik sebagai pegawai siasatan, Cawangan Tatatertib, ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Kuala Lumpur. Beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Cawangan di BPR Cawangan Sibu. Kemudian dilantik sebagai timbalan ketua pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007. Kemudian dilantik sebagai pengarah perancangan dan koordinasi dasar, Ibu Pejabat BPR, pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai ketua pegawai integriti, Amanah Raya Berhad.Penubuhan SPRM melalui Akta 694 pada 1 Januari 2009, beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM.
Pada 4 November 2009 , Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya beliau dilantik sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggantikan Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan. Perlantikan itu berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].