Abu Hassan Sarif
Quick Facts
Biography
Datuk Abu Hassan Sarif adalah ahli politik UMNO/BN kawasan Kota Seputeh, negeri Kedah selepas menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008. Walaupun Kota Seputeh kubu UMNO tetapi BN hanya menang dengan majoriti 495 undi.
Abu Hassan tidak dapat hadir persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah secara berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 ogos 2009.
Kerajaan negeri Kedah terlepas kepada Pakatan Rakyat / PAS dan Menteri Besar Kedah yang baru ialah Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kota Seputeh terletak dalam parlimen Jerlun yang diwakili oleh Datuk Mukhriz Mahathir . DUN Ayer Hitam Abduk Ghani Ahmad(PAS) menewaskan Othman Aziz dari UMNO/BN dengan majoriti 506 undi.
Kehilangan kerusi Kota Seputeh
Kerusi DUN Kota Siputeh yang disandang oleh Datuk Abu Hassan Sarif dikosongkan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 16 November 2009 selepas beliau gagal menghadiri dua sidang Dewan secara berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos 2009. Ekoran itu, pada 24 November 2009, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon kepada Mahkamah Rayuan agar pengosongan itu ditangguhkan. Abu Hassan Sarifjuga turut memfailkan permohonan agar pengosongan itu ditangguhkan.
Secara rasmi memang kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan pilihan raya kecil patut diadakan. Tetapi ditangguhkan.
Mahkamah Rayuan pada 18 Ogos 2011 mengembalikan kerusi itu kepada wakil rakyat tersebut menyebabkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail mengemukakan rayuan ke mahkamah tertinggi negara.
Pada 19 Jun 2012, Mahkamah Persekutuan membicararakan kes kegagalan Adun Kedah menghadiri sidang Dewan 'secara berturut-turut', boleh mengakibatkan wakil rakyat berkenaan kehilangan kerusi yang diwakili. Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (UTKNK) mungkin mempunyai dua maksud berlainan.Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin akan menentukan tafsiran peruntukan tersebut.
Perkara 51 UTKNK menyatakan seseorang ADUN boleh kehilangan kerusi yang diwakilinya jika gagal menghadiri dua sidang Dewan berturut-turut tanpa mendapat kebenaran Speaker.