peoplepill id: abu-bakar-harun
ABH
Malaysia
1 views today
1 views this week
Abu Bakar Harun
Malaysian politician

Abu Bakar Harun

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian politician
Places
Work field
Gender
Male
Birth
Place of death
Kuala Lumpur Hospital, Kuala Lumpur, Malaysia
Age
60 years
The details (from wikipedia)

Biography

Yang Berhormat Dato’ Sri Abu Bakar bin Haji Harun (1960 – 6 Mei 2020) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Pahang. Beliau ialah bekas EXCO Hal Ehwal Felda Pahang di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang disandang dari tahun 2013 hingga tahun 2018. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak tahun 2004 sehingga kematian beliau pada tahun 2020.

Kehidupan

Beliau berkelulusan Sijil Perakaunan dari Maktab Kerjasama Malaysia. Beliau juga merupakan Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif di Felda Global Ventures Holdings Berhad.

Beliau telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan pertamanya dan empat orang cucu.

Keperibadian

Beliau disifatkan sebagai seorang "pemimpin yang baik" dan "mesra" oleh penduduk di sekitarnya.

Kerjaya politik

Beliau menyertai parti UMNO pada tahun 1983.

Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11) pada tahun 2004 di bawah parti UMNO bagi kerusi Chini dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang lalu menang dengan undian sebanyak 6,664 dengan majoriti 4,005 daripada 11,365 orang pengundi. Beliau terus bertanding bagi pilihan-pilihan raya berikutnya lalu mempertahankan kerusi beliau dalam PRU-12 (undian: 7,398, majoriti: 4,524, jumlah pengundi: 12,857), PRU-13 (undian: 11,829, majoriti: 7,675, jumlah pengundi: 19,247) dan PRU-14 (undian: 10,027, majoriti: 4,622, jumlah pengundi: 21,251).

Beliau turut menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dari tahun 2013 hingga tahun 2018 semasa Datuk Seri Adnan Yaakob merupakan Menteri Besar Pahang ketika itu.

Kematian

Pada malam Rabu 6 Mei 2020 M bersamaan 13 Ramadan 1441 H, beliau telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada kira-kira pukul 11.55 malam akibat serangan jantung. Beliau dilaporkan telah jatuh ketika di Bangsar untuk mengambil barang setelah selesai menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur. Berita kematian tersebut telah diumumkan oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail iaitu Menteri Besar Pahang. Jenazah beliau telah dilawati oleh Setiausaha Agung UMNO iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Felda Chini untuk dikebumikan. Pengebumian tersebut selesai pada pukul 2.30 petang serta dihadiri oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

Susulan kematian beliau, sebuah pilihan raya kecil dilaksanakan bagi mengisi kekosongan kerusi beliau. Pegawai beliau, Mohd Sharim Md Zain telah mememangi pilihan raya tersebut pada 4 Julai 2020.

Anugerah

  •  Pahang
    • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) (2005)
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) (2008)
    • Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2017)
The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Abu Bakar Harun is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Abu Bakar Harun
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes