peoplepill id: abu-backer-sidek-mohamad-zan
ABSMZ
1 views today
1 views this week
Abu Backer Sidek Mohamad Zan

Abu Backer Sidek Mohamad Zan

The basics

Quick Facts

Gender
Male
The details (from wikipedia)

Biography

Abu Backer Sidek Mohamad Zan (46 tahun) adalah calon Bebas dalam Pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014 iaitu ekoran ahli Parlimen Karpal Singh maut kemalangan. Pada PRK itu, Ramkarpal Singh menang dengan majoriti 37,659 undi selepas memperoleh 41,242 undi.

Pertembungan 4 penjuru itu berlangsung pada 25 Mei 2014.Tiga lagi calon iaitu Datuk Huan Cheng Guan yang juga Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) memperoleh 3,583 undi manakala calon Bebas iaitu ahli Pas, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Shatar (799) dan Abu Backer (225). Barisan Nasional/MCA/Gerakan atau UMNO gagal menurunkan calon mereka dan cuba menyebelahi parti PCM.

Utusan Malaysia melaporkan Abu Backer menangis dalam sidang akhbar kerana mendakwa diboikot media tempatan sepanjang kempennya dalam PRKBeliau menggunakan 10 buah teksi disewa Abu Backer Sidek untuk digunakan dalam siri jelajah bertemu pengundi di kawasan Bukit Gelugor

Permohonan statistik ditolak

Pada 28 Ogos 2014, Mahkamah Pilihan Raya di Georgetown, Pulau Pinang menolak Abu Backer untuk mendapatkan statistik terperinci jumlah keputusan berdasarkan daerah mengundi dan pusat undi pada PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei 2014. Statistik itu juga meliputi jumlah penduduk mengikut bangsa dan keturunan pada hari pengundian bagi setiap saluran mengundi serta jumlah undi rosak. Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Swee Seng juga menolak permohonan Abu Backer untuk membuat pindaan sewajarnya ke atas petisyen pilihan raya yang difailkan olehnya pada 18 Jun 2014 bagi memperincikan fakta-fakta dalam petisyen itu.

Sehubungan itu, Abu Backer diperintah membayar kos RM10,000 kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo dan RM8,000 masing-masing kepada pegawai pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dinamakan sebagai responden kedua dan ketiga dalam petisyen tersebut. Alasannya ialah Mahkamah Pilihan Raya tidak mempunyai hak berkaitan kes di bawah Seksyen 26 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang hanya boleh didengar di Mahkamah Tinggi.

Abu Backer Sidek merupakan seorang peguam, mewakili diri sendiri manakala Ramkarpal diwakili peguam Gobind Singh Deo manakala responden kedua dan ketiga diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya Dadi.

Kecoh di pejabat Lim Guan Eng

Pada 20 Mei 2014, hajat Abu Backer bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Lebuh Light ditolak. Beliau menghantar surat jemputan kepada Lim bagi menghadiri ceramah penerangan tentang hukum hudud dianjurnya dalam siri kempennya yang akan diadakan 23 Mei ini di Farlim, Air Itam. Beliau nekad meluru ke arah kereta Lim Guan Eng hingga menyebabkannya terjatuh pengsan di bawah kereta. Bagaimanapun LGE tidak keluar daripada keretanya sebaliknya terus beredar dari kawasan itu.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Abu Backer Sidek Mohamad Zan is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Abu Backer Sidek Mohamad Zan
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes