Abdullah Yaakob
Quick Facts
Biography
Dato' Haji Abdullah Ya'kub adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan dari 2013 hingga 2023. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas pada 1995 hingga 2004 dan 2008 hingga 2013.
Latar belakang
Beliau dilahirkan di Meranti, Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Meranti, Pasir Mas dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Ugama Khairia, Pasir Mas. Kemudian beliau memperoleh ijazah pertama dari Universiti Darul Uloom Nadwatul Ulama, Lucknow, India dan menyambung pengajian sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad, Pakistan.
Pilihan raya
Tahun | Kawasan | Individu | Undian | Lawan | Undian | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|
1995 | DUN Air Lanas, Kelantan | Abdullah Yaakob (PAS) | 4,540 | Mustafa Musa (BN-UMNO) | 4,131 | 409 |
1999 | DUN Air Lanas, Kelantan | Abdullah Yaakob (PAS) | 5,634 | Zainon Abidin Ali (BN-UMNO) | 4,502 | 1,132 |
2004 | DUN Air Lanas, Kelantan | Abdullah Yaakob (PAS) | 4,319 | Mustapa Mohamed (BN-UMNO) | 5,118 | 799 |
2008 | DUN Air Lanas, Kelantan | Abdullah Yaakob (PAS) | 5,690 | Azmi Setapa (BN-UMNO) | 4,895 | 795 |
2013 | DUN Air Lanas, Kelantan | Abdullah Yaakob (PAS) | 6,558 | Mustapa Mohamed (BN-UMNO) | 6,605 | 47 |
2018 | DUN Air Lanas, Kelantan | Abdullah Yaakob (PAS) | 6,884 | Mustapa Mohamed (BN-UMNO) | 7,243 | 359 |
Dr Aminuddin Yaacob (PH-PPBM) | 608 |
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan
Beliau merupakan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan dari 2013 hingga 2023. Beliau telah dilantik menggantikan Dato' Mohd Nassuruddin Daud.
Anugerah dan pengiktirafan
- Kelantan
- Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' - 2013