Abdul Syukor Husin
Quick Facts
Biography
Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukur Husin atau 'Abdul Shukor Husin' merupakan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,Malaysia. Beliau terlibat dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia.
Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa ke-5 (2005-kini). Pada 27 November 2011, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2011 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin diPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Beliau adalah Timbalan Pengerusi Akademi Fiqh Sedunia (OIC)dan Ahli Lembaga International Shariah Research for Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia.
Latar belakang
Abdul Syukor dilahirkan di Kampung Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang. Bapanya Haji Husin seorang guru agama kampung dan ibunya Hajah Maryam seorang surirumah tangga.
Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Tebing Tinggi. Kemudian sambung belajar peringkat menengah di Sekolah Al-Junid, Singapura.