Abdul Samad Gul Ahmad Mianji
Quick Facts
Biography
Abdul Samad bin Gul Ahmad Mianji ialah bekas ahli politik Malaysia dari Kelantan. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas Hulu, Kelantan mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 1964 hingga kematiannya pada Julai 1967. Jawatan terakhir beliau selain Ahli Parlimen ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Kematian
Abdul Samad Gul dibunuh pada 3 Julai 1967 di Jalan Hulu Pasar, Kota Bharu. Beliau telah ditetak dengan kapak kecil pada bahagian telinga dan tengkuk sehingga berlaku pendarahan yang banyak dan mengakibatkan kematian. Beliau dikatakan keluar dari Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di Jalan Datuk Pati, Kota Bharu, selepas menghadiri perjumpaan sempena Maulud Nabi, dan ditetak ketika berjalan seorang diri menuju ke kereta miliknya pada jam 12.15 tengah malam. Beliau disahkan meninggal dunia pada 6.00 pagi, 3 Julai 1967 akibat kecederaan otak.