Abdul Hayei Abdul Sukor
Quick Facts
Biography
Dato' Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor (6 November 1947-1 Oktober 2020) ialah seorang ahli akademik, pakar rujuk hadis dan penulis tafsir al-Quran di Malaysia. Beliau merupakan bekas profesor madya di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM). Bidang pengkhususan beliau ialah al-Quran dan hadis. Pada tahun 2016, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadith atau 'Lajnah Tahqiq Hadith' di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia.Beliau merupakan penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada 2011.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Pasir Tumboh, Sekolah Arab Falahiah dan Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan sebelum melanjutkan pelajaran ke Darul Uloom Deoband, India. Seterusnya beliau melanjutkan pendidikan ke Universiti al-Azhar, Mesir dan mendapat Ijazah sarjana dalam bidang al-Quran dan al-Hadis. Kemudian pada tahun 1988 beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Hadis dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan tesis yang berjudul “Sumbangan Syah Waliyullah al-Dihlawi kepada Pengajian Hadith dan Pengaruhnya di Kelantan”
Penulisan
Abdul Hayei pernah menghasilkan kitab tafsir al-Quran versi bahasa Melayu bertajuk ‘Tafsir Pedoman Muttaqin’ dan karya-karya lain seperti ‘Hadith 40 Al-Nawawi, Tafsir dan Ulasan’, ‘Hadis Maudhu - Sejarah dan Konsep’ dan ‘Imam Malik, Sejarah dan Pemikiran’.
Anugerah dan pengiktirafan
- Malaysia
- Anugerah Perdana Maulidur Rasul Kebangsaan 2011
- Kelantan
- Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (D.J.M.K.) - Dato' - 2018