Abd Rahman Salleh
Quick Facts
Biography
Tuan Haji Abd Rahman Salleh, PJK ( ?? - 25 April 2004) adalah ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak dari 1998-2004. Beliau merupakan ustaz di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Latarbelakang
Tuan Haji Abd Rahman Salleh dilahirkan di Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak . Bapanya Tuan Guru Haji Salleh bin Abd Rahman .
Bersekolah di Sekolah Melayu Pulau Tiga dari 1946-1949. Seterusnya belajar di Madrasah Irsyadiah, Batu 26, Bagan Datoh, Perak. Kemudian belajar di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan , Kuala Kangsar, Perak dari 1954-1956. 1957-1962 belajar di Kolej Islam Malaya. Rakan sekolahan beliau ialah Dato' Dr. Abdul Hamid Othman, Dato' Dr Yusuf Noor, Profesor Dato' Dr. Ismail Ibrahim, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Bukhari Harun, Ustaz Haji Juraij Haji Sulaiman dan Dr. Fauzi Awang.
Kerjaya dan anugerah
Pada tahun-tahun 1963-1985 beliau menjadi ustaz di Kolej Melayu Kuala Kangsar . Antara murid beliau termasuklah Tan Sri Yahya Ahmad, Dr. Fadhilah Kamsah, Profesor Dato' Osman Bakar, Tengku Azman, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Khalid Abdul Samad, Dato' Tahir Azhar, Dr. Hatta Ramli dan ramai lagi.
Pada tahun-tahun 1998-2004 beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak.
Pada 1980 Sultan Perak menganugerahkan beliau pingat Pingat Jasa Kebaktian(PJK).1986 dianugerahkan Tokoh Akedemik dan Pendidikan Negeri Perak dan Tokoh Maal Hijrah Tahun 2001 Negeri Perak.
Pada 25 April 2004 di Hospital Besar Kuala Lumpur beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan tanah perkuburan Jalan Baru Kuala Kangsar-Manong, Perak.