Abbas Alias
Quick Facts
Biography
Dato' Dr. Haji Abbas Alias merupakan Yang Dipertua Agung PAS yang Ke-2 iaitu dari 1953-1956. Beliau mengambil alih kepimpinan PAS selepas Yang Dipertua PAS yang Pertama, Haji Ahmad Fuad Hassan meletakkan jawatan kerana mahu menyertai Parti Negara yang dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar.
Namun beliau tidak dapat memimpin PAS dengan berkesan kerana bekerja dengan kerajaan sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur dan pegawai perubatan jemaah haji Malaya.
Pendaftaran PAS
Dr Haji Abbas Alias adalah orang yang bertanggungjawab mendaftarkan PAS dengan Pendaftar Pertubuhan sebelum menyertai Pilihan Raya Pertama Persekutuan pada Julai 1955. Di bawah kepimpinannya lah PAS memenangi kerusi tunggal dalam pilihan raya tersebut melalui Tuan Guru Haji Ahmad Hussin di Parlimen Kerian, Perak. Pada 28 Februari 1955, beliau menerima sepucuk surat daripada Dato Mohd Asri Muda berkenaan perjuangan dana hala tuju PAS.
Pada 1956, beliau berundur dari memimpin PAS dan kepimpinan PAS diterajui oleh Dr Burhanuddin Al Helmy yang menewaskan Prof Zulkifli Muhammad dalam Muktamar PAS ke-5.
Pada 1970-an, beliau kembali menjadi pimpinan PAS apabila dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Agung PAS hingga awal tahun 80-an.
Darjah Kebesaran
Beliau dianugerah darjah kebesaran oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Dato' pada tahun 2002 semasa PAS menguasai Terengganu.
Penyandang Terdahulu | Yang Dipertua Agung/Presiden PAS 1953 – 1956 | Penyandang Kemudian |
Haji Ahmad Fuad Hassan | Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi |