Biography
Lists
Also Viewed
Quick Facts
Intro | Malaysian actor | |
Places | Malaysia | |
is | Actor | |
Work field | Film, TV, Stage & Radio | |
Gender |
| |
Religion: | Islam | |
Birth | 27 June 1980, Gombak, Malaysia | |
Age | 44 years | |
Star sign | Cancer |
Biography
Rozaidi Bin Abd Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (lahir 27 Jun 1980) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.
Biografi
Beliau pernah menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), peringkat diploma dalam jurusan Komputer sains pada tahun 1999. Beliau juga melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda Pentadbiran Undang-Undang di (Uitm). Selain itu Zed Zaidi juga pemegang Bachelor In Communication With Honnor di Universiti Utara Malaysia (UUM). Sehingga kini beliau masih meneruskan pembelajaranya ke peringkat Sarjana (Master) di Universiti Sabah Malaysia (UMS).
Zed Zaidi secara tak sengaja menimbulkan kontroversi dengan pengarah dan anak kepada penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, iaitu Syamsul Yusof, dengan mengkritik beliau dalam blognya, zedzaidi.blogspot.com. Beliau berpendapat bahawa Skop Production akan terus maju tanpa Syamsul. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati buat Syamsul Yusof Namun, beliau menjernihkan keadaan dengan menyatakan itu hanya pandangan beliau sebelum Syamsul Yusof berjaya dan beliau hanya menegur sebagai seorang sahabat dan rakan dalam industri seni. Kini beliau aktif di dalam kesukarelawan dan kebajikan di dalam persatuan atau ngo. Jawatan yang di sandang adalah Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di sini la bermula era baru dalam kehidupan beliau di mana kontroversi menjadi sebahagian hidupnya. Bermula dengan perjuangan membantah kemasukan Artis Luar yang tidak mengikuti saluran Undang-Undang Negara kontroversi yang amat ketara sejak beliau menjawat jawatan sebagai Presiden SENIMAN adalah mengenai kemenangan AARON AZIZ di Anugerah Bintang Popular. Beliau berpendapat Anugerah Malaysia untuk Orang Malaysia.
Dengan prinsip perjuangannya di dalam industri seni Beliau mewujudkan Tagline " ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, SENIMAN RAKYAT UNTUK NEGARA. Semejak beliau memimpin SENIMAN banyak perubahan telah berlaku dan suara beliau mewakili anak seni ini di dengari oleh pihak kerajaan. Perjuangannya mengenai Rumah, Insurance untuk artis serta kebajikan proaktif membuahkan hasil sehingga kerajaan menerima cadangan beliau iaitu mewujudkan Perumahan Khas artis di bawah Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), dan kesungguhan kerajaan memberikan insurance kepada artis dibawah SKIM INSURANCE SENIMAN atas cadangan beliau sendiri kepada menteri Tan Sri Rais Yatim.
Selain itu beliau juga Pengerusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan Dang Wangi Wilayah Persekutuan, AJK Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Yang Di Pertua Pertubuhan Rakan Kembara Malaysia Peringkat Putrajaya, Ahli Jawatankuasa Khas Biro Sukan & Kebudayaan Majlis Belia Malaysia, Ahli Majlis Kerja Creative Content Industry Guild, Ahli Majlis Kerja Gabungan Persatuan-Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Penasihat Pertubuhan Pakar Telekomunikasi Malaysia (PAKAR), Penasihat Pertubuhan Agro Usahawan Muda Malaysia (PAUMM), Penasihat Pertubuhan Ekonomi Melayu Inovasi Malaysia.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2004 | Bisikan Remaja | Daniel | Filem pertama |
Gila-Gila Pengantin Remaja | Fandi | ||
Bicara Hati | Usop | ||
2005 | Sembilu 2005 | Zed | |
Pontianak Menjerit | Saiful | ||
2010 | Niyang Rapik | Saiful | |
Semerah Cinta Stilleto | Raymond | ||
Cuti-Cuti Cinta | Remy | ||
2011 | Senjakala | Jehan |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2004–2005 | Sembilu | Fendi | TV2 |
2006–2007 | Sembilu Kasih | Fendi | TV3 |
Diari Ramadan Rafique | Izwan | ||
2009 | A.D.A.M (Musim ke-4) | Azli | TV2 |
Amanah Karmila | Hussin | ||
Wasilah Cinta Qayyim | |||
2009–2010 | Aliff Firdaus | TV3 | |
2010 | Habil & Qabil | Qabil Najmi | TV3 |
2011 | Fatimah Juling The Series | Astro Prima | |
2012 | Apa Celop! | TV3 | |
2019 | Diari Ramadan Rafique Reunion | Izwan |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2006 | Kerana Dosa Kelmarin | TV1 | |
Senafas Takbir Raya | TV3 | ||
2008 | Rempit vs Impak Maksima | DK | |
2011 | Nur Ain | Johan | TV3 |
Rujukan
Pautan luar
- Zed Zaidi di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Zed Zaidi di Twitter
- Blog rasmi Zed Zaidi