Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani

The basics

Quick Facts

Gender
Male
The details

Biography

'Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani dilahirkan di Kampung Anak Ru Patani. Nama lengkapnya ialah Syeikh Wan Zainal Abidin bin Wan Muhammad al-Fathani bin Wan Muhammad Dahan bin Wan Syamsuddin bin Wan Ja'far bin Wan Husein bin Ali. Pertikaian pendapat, salasilah yang lain menyebut Wan Muhammad Dahan Syeikh Wan Muhammad Muhyiddin bin Syeikh Yahya bin Syeikh Ibrahim Hadhrami.

Dia mendapat pendidikan awalnya dari orang tuanya sendiri, sebelum memasuki Pondok Bendang Daya Patani dan sempat berguru kepada pengasas pertamanya, iaitu Syeikh Haji Wan Mustafa bin Muhammad al-Fathani. Sahabat-sahabatnya di antaranya Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani (ayah Syeikh Ahmad al-Fathani), Syeikh Abdul Qadir al-Fathani (Tok Bendang Daya ke-2), Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Wan Ali Kutan al-Kalantani, Syeikh Jamaluddin Negeri Sembilan, Haji Abdus Samad Kelumbung dan ramai lagi.

Pada akhir hayatnya dia aktif di Sungai Dua, Seberang Perai ini dan dua karyanya yang terkenal di seluruh dunia Melayu ialah Kasyaful Litsam dan Aqidatun Najin.

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.