Yamani Abdillah

The basics

Quick Facts

The details

Biography

Yamani Abdillah (lahir Osama Yamani Jamal Ubaidillah; 23 November 2001) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia dan anak kepada penyanyi Jamal Abdillah. Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim ketiga.

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan pada 23 November 2001 dan berasal dari Ipoh, Perak. Yamani ialah anak sulung kepada penyanyi Jamal Abdillah dari perkahwinan kedua Jamal bersama bekas isteri, Noraina Mohd Yusof. Adik-beradik beliau yang lain termasuk Zaki Yamani. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Seni KL di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, seterusnya melanjutkan pelajaran dalam jurusan pengkhususan gitar moden di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Kerjaya

Yamani Abdillah mula menunjukkan minat terhadap muzik selepas sering mengikuti bapanya menjayakan persembahan muzik, biarpun pada mulanya tidak disukai oleh Jamal yang mahu anaknya menjadi peguam. Beliau pernah menjayakan beberapa konsert berskala besar seperti Konsert Duo Lagenda di Istana Budaya. Beliau mengikat kontrak rakaman bersama MVM Production dan seterusnya muncul bersama single "Bunga Seroja", kemudian diikuti oleh lagu raya, "Hari Raya Menjadi Saksi" menampilkan bapanya.

Big Stage Musim 3

Yamani merupakan salah seorang daripada peserta Big Stage musim ketiga di Astro Ria, namun tersingkir di konsert minggu keempat. Berikut ialah senarai persembahan beliau di Big Stage:

MingguTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Starter Pack"Usang"Rahim MaarofSELAMAT
Minggu 2Hype Beat“Paku"Ara JohariSELAMAT
Minggu 3Duominasi"Isabella" (duet bersama Syafiq Farhain)SearchSELAMAT
Minggu 4Baby Bash"Mimpi Laila"Yasin SulaimanTERSINGKIR

Diskografi

TahunTajukCatatan
2020
"Bunga Seroja"
"Hari Raya Menjadi Saksi"
Duet bersama Jamal Abdillah
"Takut Kehilangan"
2022
"Balasan Janji Palsumu"

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2021CheriteraBadrulTV9Drama pertama

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 08 Dec 2023. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.