Biography
Also Viewed
Quick Facts
Gender |
| |
Birth | 18 October 1932 | |
Death | 24 July 2013 (aged 80 years) |
Biography
Datin Hajjah Patimah Bte Bahaudin atau lebih dikenali sebagai Datin Hajjah Umi Kalthum (18 Oktober 1931 - 24 Julai 2013) merupakan seniwati filem Melayu klasik. Datin Umi Kalthum merupakan kelahiran Negeri Sembilan.
Pembabitannya dalam bidang perlakonan bermula ketika beliau melawat Singapura dengan seorang teman bernama Siti pada 1951. Ketika di sana, beliau telah ditawarkan peranan oleh pengusaha filem veteran, Ho Ah Loke. Sehubung dengan itu Umi Kalthum muncul dalam filem awalnya seperti Dahlia, Buluh Perindu dan Kampung Nelayan.
Sewaktu berada di Singapura, Umi dan ibunya diberi layanan baik oleh keluarga Ah Loke malah pernah tinggal di rumah mereka selama setahun. Kebetulan, Ah Loke berkawan rapat dengan suaminya, Allahyarham Datuk S Roomai Noor. Atas dasar persefahaman jugalah kedua-dua mereka menubuhkan Cathay-Keris Film Productions yang akhirnya berkembang menjadi Cathay-Keris.
Umi Kalthum pernah dipilih majalah antarabangsa terkemuka, Life sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di seluruh Singapura dan Malaya. Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.
Meninggal dunia
Beliau (81 tahun) meninggal dunia dalam keadaan tidur di rumah anak sulungnya, Noraini Jaafar di Taman Melawati, Hulu Klang, kira-kira jam 4 pagi pada 24 Julai 2013/15 Ramadhan 1434H.
Filemografi
Filem
- Bawang Putih Bawang Merah (1959)
- Dahlia
- Buluh Perindu
- Kampung Nelayan
- Raden Mas (1959)
- Tunang Pa' Dukun (1960)
- Yatim Mustapha (1961)
- Laila Majnun (1962)
- Badang (1962)
- Dang Anum (1962)
- Kalung Kenangan (1964)
- Pontianak Gua Musang (1964)
- Dosa Wanita (1967)
- Bukan Salah Ibu Mengandong (1969)
- Sial Wanita (1969)
- Menanti Hari Esok (1977)
- Esok Masih Ada (1979)
- Abang (1981)
- Esok Untuk Siapa (1982)
- Ke Medan Jaya (1983)
- Sumpahan Mahsuri (1989)
- Syukur 21 (2000)